Masing-masing yang bangkang pasal idea ni mesti akan suruh patah balik pada agama. Kebanyakannya akan suruh patah balik pada Islam, sebab yang bercakap itu agama dianutnya. Betul, aku setuju. Tak ada agama yang membolehkan anak itu dibuang sesuka hati. Tapi bila tiap kali jadi kes, dapat pulak tangkap mak atau bapak atau bapak-bapak anak tu, kebanyakkannya akan bawak kad pengenalan agama Islam. Budak agama lain tak ada nafsu ke?
Dalam pendidikan agama Islam jauhi zina tu memang di ajar. Maksud zina pun ada ustazah terangkan.
"Zina ialah melakukan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah". Hubungan kelamin tu apa ustaz? "Memasukkan kemaluan lelaki kedalam kemaluan perempuan". "Dan ingat, jangan kamu hampiri zina!"
Dengan berbekalkan ilmu agama ini, mereka pun keluar untuk teruskan hidup masing-masing.
"Jap, aku rewind dulu tape ni"
Zaman pakai video tape lagi. Boleh sewa, ikut hari.
"Psstt...blue mau??
Time Petaling Street tengah top. Kalau nak bahan baru, lepas tuisyen dekat Kasturi belakang CM confirm budak-budak mesti pergi cari.
"Ada CD baru?? Kita tukar"
Masa ni dah makin senang dapat. Sistem barter dengan kawan-kawan dah cukup berbaloi. Tapi kalau dah lepas dari tangan, jangan harap nak dapat balik.
"Blueetooth jap"
Zaman budak sekolah yang tak reti nak pakai public phone.
Ok, dengan ilmu agama tadi, kau rasa iman tebal mana yang tak koyak dengan segala hasutan yang ada. Tebal Bible ada?
Ilmu agama tu penting. Setuju. Gua pun sekolah agama bai. Tapi mana cukup, setakat ilmu agama untuk SPM, setakat Islamic Studies dekat universiti untuk cukupkan jam nak dibandingkan dengan pengaruh luar. Benda sedap pulak tu. Berapa ramai budak perempuan yang tak pernah tengok porn? Budak lelaki tak payah cerita, confirm.
Jadi, bila ilmu agama yang dari dulu memang dah diterapkan tapi tak jalan-jalan. Bagi la ilmu lain pulak dekat budak-budak tu.Janganlah bila kita kata bagi pendidikan seks, korang kata lagi menggalakkan maksiat, lagi mengajar budak-budak. Kita bercakap biar realistik. Even though without sex education, they still did it right??
Sekurang-kurangya, bila seks selamat itu diajar, mereka tau apa yang mareka hadapi. Mereka tahu yang diorang AKAN merasa nikmat, sedap, dan puas. Dan mereka tahu yang dmereka AKAN nak lagi. Sex is addictive and it is good. Yang lelaki akan tahu, ekor kecilnya boleh buat perut perempuan jadi besar. Yang perempuan tahu bila period tak datang, munkin dah berisi. Tak mungkin tiba-tiba terus ada 4 bulan kandungan kan? Dengan pendidikan seks, mereka akan tahu macam mana nak hadap 'sebelum', dan 'selepas'. Kalau nak ajar hal 'semasa', bukak KamaSutra, syllabus lain.
Paling-paling kurang, budak sekolah tu tahu, kalau pakai kondom biar masa tengah perform bukan bila dah selesai layu.
p/s: Pendidikan seks pun ilmu jugak kan??