Wednesday, January 13

13th January

Hai.

Dah lama aku tak kemas kini ini blog. Tak punya masa, dan kemudahan. Hanya dapat menumpang di sana sini untuk kemudahan. Macam menumpang kenderaan manusia lain. Sekejap-sekejap tanpa ada privasi untuk diri sendiri. Privasi itu hanya hadir bila dua belah kaki menompang badan keluar dari perut kereta dan terus berjalan seorang diri.

Atau punya kenderaan sendiri untuk kemana-mana. Ini yang aku mahukan.

Baik.

Aku tak tahu siapa dan malas mahu tahu siapa, tapi terima kasih selalu jenguk. Profile aku jer dah kena intai lebih dari 400 kali ntuk blog yang tak di kemaskini untuk hampir 4 bulan. Apa yang menarik aku tak tahu, dan tak mahu tahu. Untuk idea-idea bernas, komen-komen kamu yang mengancam, buah fikiran yang geliga, bantahan ataupun cadangan, kamu simpan dulu. Dah tak tahan, nak keluarkan juga dari tempurung kepalakamu, maka bolehlah emailkan kepada aku. Itupun kalau dah tak tahan sangatlah, ibarat pak haji yang sudah kehilangan mak hajah sepuluh tahun lepas, yang ada dan mampu hanya cucu sulung balik kampung dari Kuala Lumpur bawak budaya MTV.

Sebenarnya, aku cuba menulis untuk diri aku sendiri. Bukan untuk kau, kamu, mereka dan siapa pun. Jadi kalau kamu mahu baca, baca. Kamu mahu komen, komen. Tapi aku tak mahu tahu apa komen kamu.

131

Hari yang besar buat aku. Sampai sekarang aku asyik terlupa (atau mungkin jugak tidak pernah tahu), jam berapa sebenarnya aku mula bernafas, menghirup udara. Pada aku itu tak penting, cuma tiba-tiba terfikir. Jam berapa ya?

Sering kali bila mana tiba tarikh ini, aku sering bezakan dengan hari yang sama setahun yang lepas. Besar mana sambutanya, apa hadiahnya, dengan siapa gembiranya. Membezakan itu sering kali terjadi, tapi aku tak pernah tak hargai. Biar jurang bezanya amat besarantara hari dulu dan hari kini.

Kali ini, ketika aku terfikir yang lepas, aku jadi tak ingat. Samar-samar. Apa sambutannya ya. Yang pasti hadiah paling bernilai dari seorang perempuan 3 hari selepas itu. Sampai sekarang aku ingat. Mungkin sampai mati. Atau sampai aku hilang ingatan. Abaikan.

Cuma pada abad baru ini, bukan yang dah lepas sahaja aku fikirkan. Yang kedepan pun turut datang mengetuk tempurung kepala aku. Mintak izin mahu masuk dan difikirkan bersama. Penuh dengan resolusi dan evolusi. Aku harap aku tak berilusi.

Aku pun tak tahu kemana sudah tulisan ini pergi. Sebelum makin jauh melalut, baik aku berhenti.

p/s: Manusia yang paling aku kesian pada hari ini 25 tahun yang lalu: Emak aku.