Friday, May 21

Sekian kalinya

Antara realiti dan khayalan.

Tolong, aku perlu penjelasan.

Bukan bentuk penghinaan.

Tolong, aku perlu penjelasan.

Antara khayalan dan realiti.

Sunday, May 2

Masalah Kuasa Dua

Double Trouble.

Maksudnya, Trouble Trouble. Ikut hukum matematik, persamaan kuadratik ataupun hukum trigonometri, trouble trouble itu sama dengan trouble kuasa dua.

Bersama sejarah, aku kesana. Setiap masa aku berharap yang bersama aku adalah yang sekarang. Memang masalah itu aku undang. Dan dia pun turut mengundang sama. Masalah kuasa adua. Double Trouble.

Kerana yang sekarang makin menjauh, aku tekad. Untuk bersama sejarah, gembira itu sedikit ada, tapi kepuasan bergembira itu tetap tak sama. Tak sampai not tertinggi. Setelah aku puas bergembira, menyaksikan dua kuasa besar di atas nun jauh disana, aku pulang dengan pencaturan yang agak kurang rasional, yang boleh membunuh senyuman dan gelak tawa hingga lahirnya pilu dan air mata. Setelah aku bergembira, dan sejarah itu hanya mahu merasakan keseronokkan silam yang telah lama tertinggal, wajarkah aku?

Dan terpanculah bait-bait kata dari mulut aku. Maka sejarah tahu, sejarah hanya tinggal sejarah.

p/s: Sekarang, hanya kamu. Kamu.