Terawih 2
Aku bernasib baik kerana sudah biasa bercakap dengan lelaki-lelaki yang secara tiba-tiba akan sendawa besar selepas meletakkan gelas mereka ke atas meja. Dan mereka juga sudah biasa menghela nafas dalam keadaan begitu. Burping around and make it loud (and nasty too). Dan selalunya ini akan berlaku di tempat yang gelap, bising, sesak, busuk, padat dan menggairahkan. Di mana kesantunan itu tidaklah penting, di mana kekecohan itu menyeronokkan, pada aku, itu tak apa. Kita namakan ini cerita satu.
Tapi bila di saat ruh mahu mencari ketenteraman, mahu menyelami alam spiritual yang perlukan ketenangan, yang dambakan keharmonian dan yang rindukan kedamaian. Aku memang tak dapat terima jika itu yang berlaku. Di kala kepala kita hanya dipisahkan oleh bahu kau dan aku. Kau menyemburkan sendawa kau yang besar dan panjang. Beserta bau lauk pauk yang kau lahapkan tadi, maka terbanglah dia menghinggap tiap-tiap reseptor bau yang berdekatan. Disebabkan cerita satu tadi, maka dapat ku tahankan muntah aku. Perbuatan kau sangatlah tidak menghormati aku, orang sebelah aku, dan orang sebelah yang lagi satu dan mungkin yang sebelah lagi satu. Mungkin. Tambah-tambah lagi kau bawak watak sebagai seorang tabligh. Kepimpinan melalui telandan bang. Biar senonoh sedikit perangai, lebih-lebih lagi time jumpa Tuhan.