Peluh mengalir pelahan dari dahi aku. Belakang aku kuyup. Aku bawak tapak tangan aku kebawah bontot, masih kering, nasib baik. Malam itu gelap. Lampu yang biasanya terang untuk temankan aku tertidur sambil membaca kini tak menyala. Bukan bekalan elektrik dipotong, tidak. Bunyi dari penghawa dingin memberitahu yang lampu itu hanya perlukan sentuhan jari aku untuk buatkan ia menyala semula - sentuhan pada tempat yang betul. Aku sambung baring dan tarik selimut. Mula membayangkan semula apa yang terbayang waktu aku tidur tadi.
Aku tahu aku salah. Tak patut aku buat macam tu. Tapi takkan sampai aku tidur pun terbawak-bawak. Bukan besar mana pun salah aku tu. Kekadang aku rasa dia macam Ibrahim Ali dan aku ibarat kamu Cina atau India atau mana-mana kaum bukan bumi yang hanya menumpang kasih dekat tanah 1 Malaysia ni. Macam-macam yang direbutkan. Macam-macam hak diperkatakan. Pening jugak aku.
Baru sebulan pending, dah macam-macam. Terpikir jugak aku kalau benda macam ni boleh malarat sampai bertahun-tahun. Cukupla apa yang dah aku hadap.
Jam terus berdetik. Mata aku dah tak boleh pejam. Igauan buruk tadi terus terbayang-bayang di atas skrin putih yang terletak dalam kepala otak aku. Akhirnya hati aku akur dengan apa yang dicadangkan oleh buah pikiran aku. Moga-moga Tuhan Selamatkan Kamu. Moga-moga.
Aku tukar tempat, dari atas katil pergi atas kerusi. Tangan meraba dalam gelap. Tak sampai dua minit, aku dah berada dalam talian internet. Dan aku mula mencari.
At last aku jumpa. Lagu yang boleh aku dengar untuk aku tidur semula. Takla membantu sangat, tapi boleh la dari tak ada langsung.Video ni kalau untuk ditengok, memang tak berapa nak untung. Tapi kalau setakat nak buat dengar, balik modal la jugak.
Abaikan efect visual.
p/s: Gua tau gua lambat sebulan. Sue me!!
p/s/s: Brader Harmonika; lu gempak bai.