Thursday, August 26

(10) Puasa 1431

Mercun

Orang Negeri Sembilan panggil mocun. Orang kampung aku panggil firecrackers. Jelaskan, kampung aku bukan dekat Negeri Sembilan. 

Ok, balik cerita asal.

Setiap kali lagu raya keluar dekat radio, tiap kali tu jugak la berita pasal  putus jari, hilang telinga, buta mata, keluar dekat paper. Tak kira la dekat muka depan ke, dekat sebelah iklan courts mammoth ke, dekat belah belakang salam perantau ke, mesti ada cerita pasal terbakar kaki, kemaluan melecur, rumah terbakar, cerita paling kelakar, mercun roket masuk kain jemaah surau yang tengah sujud sembahyang terawih. Aku tak boleh nak anggap kelakar sebenarnya, tapi tiap kali aku bayangkan, mesti aku gelak.

Sejak alaf baru ni, tahun ni aku rasa paling buat rekod. Lepas berbelas tahun kilang haram mercun dekat sungai buluh dulu meletup, kali ni gudang dekat terengganu pulak yang meletup. Sampai melambung budak tersangkut dekat pokok. Tak taubat lagi bapaknya, tak tahulah nak kata apa. 

Entah-entah, ada yang buat rekod baru sehari dua lagi.

Mana datang mercun, tak payah tanya. Tak payah susah fikir-fikir macam mana boleh ada jual kat tepi-tepi jalan. Cari pakcik-pakcik, abang-abang yang polis. Mesti boleh dapat. Paling-paling susahpun, kena pegi tokong cina, beli dekat sami. Memang stail dia punya mercun, mercun mancis yang besar tu zaman sekolah rendah lagi aku dah main. Kalau area-area Kelantan, diorang baling je dari sempadan, dah sampai. Tak payah pakai pos laju, nak kena tunggu tiga hari baru sampai, lambat.

Tiap-tiap tahun aku balik kampung, mesti aku jeles dengan orang rumah depan, penuh satu bonet mercun dia bawak balik. Boleh tahan sampai dua tiga malam. Jiran depan umah dia pun tengokkan je la. Layan sama-sama. Kadang-kadang merasa jugak barang sedekah. Seronok sama-sama. Besar kecik tak kira, mesti terkinja, terpegun. Lebih-lebih lagi kalau mercun KLCC, tu yang paling famous tahun lepas. Mercun Osama dengan mercun bateri pun rare jugak. 

 Owh, "dia" yang bawak balik mercun satu bonet tu pakai lencana "Integriti Amalan Kita" ;)

Waktu puncak tahun ni akan sampai tak lama lagi, time tu telinga memang bingit, malam memang terang. Kalau ada anak kecil, tak payahlah nak tidurkan awal-awal. Kalau dah siap berlawan-lawan dengan orang kampung sebelah. Bersahutan pulak dengan segala jenis meriam, meriam buluh, meriam tanah, paling tak boleh blah, meriam katak. Lagi nak letak budak dalam buai. 

Babi dekat kampung aku pun macam kena curfew.

Cuma yang kadang terheran, tiap kali Cina raya dekat malaysia ni, mercun berbunyi jugak. Lagu Gong Xi Kong ada je dekat radio. Tapi kenapa berita-berita eksiden mercun ni macam tak sensasi langsung. Kalau reporter tak ambik port, diorang nak ambik apa? Takkan keluar dekat Nan Yang Siang Pau, tapi Utusan tak cover, tak berapa nak satu Malaysia la kan??

Kalau-kalau geng Ian Wright atau Anthony Bourdain datang ke Malaysia untuk meraikan hari raya tetapi kemudian terpaksa bertanya, "Are we celebrating Hari Raya or Chinese New Year, mate??"  Siapa nak jawab? Soalan Pak Arab itu hari pun tak terjawab lagi. Dah la ada mercun, beer pun banyak, tak ke confuse nanti?

Ditanya macam mana nak bendung, tak terbendung aku rasa. Yang menjual akan sentiasa menjual. Kalau dia tak jual, orang lain pasti akan ada jual. Kena rampas, yang merampas pun jual balik. Semua cari duit nak raya. Semua nak kaya. Semua.

Kepada mak-mak dan bapak-bapak, sila main mercun sekali bersama dengan anak-anak tercinta. Jangan harap orang lain nak jaga anak kau. Orang lain tu sibuk nak jaga mercun!!


 p/s: Kalau la stor tempat menyimpan mercun meletup dan boleh didengar hingga 4km, serta boleh melambungkan seorang budak, tertanya juga aku berapa jauh bom untuk menghancurkan seorang Mongolia boleh kedengaran.