Cerita "makhluk asing" masuk surau memang hot sekarang ni. Kalau dekat rtm, selang sejam keluar, kalau dekat paper, selang satu muka surat ada. Semua mesti ada selit menimbulkan kemurkaan Sultan. Sebab sultan tak bagi surau-surau, masjid-masjid jadi tempat politik.Sultan kan ketua agama. Pfft....
****
Bila baca surat-surat khabar yang dilempar ke pintu pagar rumah aku tiap -tiap pagi, oleh si Auntie Siew, seorang nyonya penghantar surat khabar, bini kepada Ganesh lelaki India si pengedar surat khabar, aku akan letak diri aku pada suatu sudut yang mana apa saja yang aku mahu katakan, akan ada dalam sisip-sisip surat khabar tersebut.
Kalau aku mahu kata, dia mencemar agama Islam, aku akan tulis dia caci agama Islam.
Kalau aku mahu kata, kita tidak ambik remeh, aku akan tulis kita tak pandang ringan.
Kalau aku mahu kata, mereka pentingkan Cina dari Sultan, aku akan tulis mereka lupakan Sultan dan doakan Cina.
Kalau aku mahu kata, aku prihatin, aku akan tulis segala masalah akan aku selesaikan.
Kalau aku mahu kata hak semua bangsa sama adil sama saksama, aku akan tulis itulah dia cantiknya 1Malaysia.
Aku akan letak diri aku pada sudut itu.
Orang tua-tua kata, kalau kau cerita benda yang sama, berulang-ulang, orang akan percaya juga akhirnya dengan cerita kau, biarpun cerita kau cerita tipu.
Orang tua-tua kata, kalau kau cerita benda yang sama, berulang-ulang, orang akan percaya juga akhirnya dengan cerita kau, biarpun cerita kau cerita tipu.
Bila baca pulak surat khabar yang dilempar ke pintu pagar rumah aku seminggu dua kali, bersama-sama dengan surat khabar lazim setiap hari, oleh si Auntie Siew, seorang nyonya penghantar surat khabar, bini kepada Ganesh lelaki India si pengedar surat khabar, aku akan letak diri aku pada suatu sudut yang mana apa saja yang aku mahu katakan, akan ada dalam sisip-sisip surat khabar tersebut.
Kalau aku mahu kata dia penipu, aku akan tulis segala putar belitnya, segala kenyataannya, segala sisi gelapnya.
Kalau aku mahu kata dia korup, aku akan tulis aku punya bukti, aku punya dokumen, aku punya saksi, aku punya segalanya hanya tunggu untuk dia diheret ke mahkamah.
Kalau aku mahu kata kita tiada duit, kerajaan persekutuan dah sekat royalti, bajet tak diberi, JKKK ditukar ganti.
Kalau aku mahu kata aku tak salah, aku akan tulis, kerajaan dulu yang punya kerja, aku sekarang hanya mahu memperbaiki
Kalau aku mahu kata, kerajaan mereka tidak sah, akan aku katakan mahkamah tak keluarkan keputusan lagi, rampasan kuasa melulu, tak ikut prosedur.
Aku akan letak diri aku pada sudut itu.
Orang cina kata, mulut mesti suap nasi baru berak jadi tahi, jangan suap mulut dengan tahi, berharap berak keluar nasi. Tak jadi.
Orang cina kata, mulut mesti suap nasi baru berak jadi tahi, jangan suap mulut dengan tahi, berharap berak keluar nasi. Tak jadi.
Sama macam baca blog, jangan percaya 100 peratus apa yang surat khabar tulis. Tak kisah baris mana, baris kiri atau baris kanan duduk akhbarnya, nanti bila timbang kilo, bersekedudukan jugak.
p/s: Ini blog aku, jadi tolonglah percaya dengan segala cerita-cerita aku. - Just being sarcastic for those who are dumb enough.
p/s: Ini blog aku, jadi tolonglah percaya dengan segala cerita-cerita aku. - Just being sarcastic for those who are dumb enough.