Saturday, August 21

Fiksyen

Buka saja mata, aku nampak siling. Matahari memang dengki, panas muka aku kena simbah dengan cahayanya. Buang tahi mata sambil tegakkan badan. Menggeliat ke kiri dan ke kanan. Ada yang pernah cakap, aku tidur macam bayi. Aku pun tak tahu macam mana boleh sama. Bayi tiap-tiap dua jam bangun, menangis mintak susu, aku lepas dua jam kena kejut baru bangun. Part "dua jam" tu kut yang sama.

Aku tekan suis komputer, kipas berpusing bising. Botol mineral yang memang ada bawah katil aku capai. Aku teguk sampai habis. Aku bangun, ambil kettle dan keluar bilik. Selang 3 minit, kettle tadi dah mula buat kerja dia. Dah mula berasap. Cari rokok bawah katil, nak bakar sebatang, lighter habis gas. Selongkar rak pelbagai guna aku. Mesti ada yang boleh di buat pakai, jumpa. Komputer dah ready. Bukak iTunes,aku pilih playlist yang aku baru buat semalam untuk bagi kena dengan keadaan semasa. Speaker aku dah dum dum dum. Bukak portal berita. Ramai yang putus tangan, yang buta mata. Yang mati eksiden satu family pun ramai. Yang ramai-ramai eksiden tinggalkan family pun ramai. Memang musim.

Aku beralih ke lantai, duduk bersila. Air panas berasap-asap keluar dari kettle yang di bagi orang. Terus masuk dalam mug aku. Uncang peppermint yang aku dah sediakan sambil layan internet tadi aku celupkan ke dalam air panas. Gula 2 sudu kecil dah cukup. Diabetes itu sangat bahaya. Aku kacau dan nikmat. Minum teh sekitar jam 9 pagi tanpa mandi pagi adalah sesuatu yang orgasm. 

Mug tadi aku letak sebelah kanan aku. Aku jenguk ke kiri, ke bawah katil. Tarik botol kaca yang memang isi airnya tak sampai setengah dan juga surat khabar lama yang terlipat kemas ditindih botol. Senyum.  
Orgasm kali kedua, kali ketiga dan keempat.

Sayup-sayup telinga aku menangkap bunyi motor. Makin lama makin dekat. Akhirnya berhenti  dalam kawasan pagar rumah aku. Aku duduk dalam bilik buat-buat relax. Kejap-kejap lagi mesti ada yang sampai terjah aku.

Pintu bilik aku macam kena gegar dengan D7. 

"Sial, pagi-pagi lagi dah tak puasa!!"

"Hehe, jap lagi nak bungkus sekali tak??"

"Erk, boleh jugak...."