Selesai parking kereta dengan sekali reverse, aku mulakan langkah. Sambil berjalan, aku kepitkan batang rokok dibibir. Lalu pondok pengawal. Kosong. Tak payah nak membri senyum atau mengangkat muka. Yang payah, tak ada tempat nak mintak lighter. Bibir terus mengepit lembut rokok.
Sampai di bangunan yang aku tuju, ramai yang berkumpul depan lif. Encik-encik dan puan-puan guard juga turut memeriahkan majlis. Penduduk setempat pun sekali. Masing-masing dengan tangan yang berisi. Pakcik berketayap menjijit bubur lambuk. Hot Mummy dengan dua orang anak kecilnya. Yang abang dijinjingnya, yang adik dikendongnya. Apek tua dengan tongkat kayunya, budak sekolah dengan talifon bimbit canggihnya. 2 orang warga Asia barat dengan bir tanpa alkohol mereka, memperkatakan sesuatu yang amat serius aku rasa. Yang pegang lighter aku tak jumpa. Sigh. Biarpun masin-masing tangan berisi, tapi mata mereka semua sabar melihat nombor yang tertera menjadi lebih kecil bilanganya. Sedikit kecoh, yang budak dah mula menangis, yang tua dah mengangkat tongkat. Guard-guard cuba untuk tenangkan keadaan, lif sangkut, apa yang boleh mereka buat? Talifon juruteknik dan tunggu. Lif rosak? Awesome..
Ini lif manyak cilaka woo... apek tua sudah mula mencaci. Datang dua orang budak, bawak helmet. Mau saya hantam sama helmet ka uncle? Rakyat malaysia kan suka bantu membantu. Kalau dia boleh, lu kasi hantam la. Para pengawal dah tak boleh nak mengawal. Budak kecil terus menangis. Hot mama masih cool, macam benda kecik sahaja padanya. Warga Asia Barat tadi sudah memilih tangga. Cara jalan konon-konon dah mabuk minum alkohol.
"Lif ni memang ini macam la uncle". Cuba untuk tenangkan sedikit keadaan dengan ajak bersembang. "Semalam saya pun sudah ada sangkut". Jelas aku tanpa dipaksa-paksa, tanpa dipinta-pinta. "Pakcik pun pernah jugak, dekat 3 jam sangkut. Susah betul, dah la masa tu pakcik tengah sakit perut." "Pakcik sorang ke berteman masa tu??" tanya aku spontan. "Nasib baik sorang.." sambil tersengih. Pertama kali aku dengar, ada yang kata dirinya bernasib baik terperangkap dalam lif keseorangan. Hehe. Cerita tentang lif ini berlanjut-lanjut. Macam-macam sumpah seranah yang keluar. Andai kata lif tu punya perasaan, aku jamin, lif tu akan bunuh diri.
Dah dapat api, sekarang rokok aku dah terkepit berasap.
Ngam setengah jam lepas tu, abang juruteknik sampai. Datang buat gaya kacak dan tak bersalah. Berkilat rambutnya. Dengan bau yang ada, mesti pakai minyak rambut Tancho. Entah apa yang dibeleknya, akhirnya pintu lif itu terbukak. Menderu-deru isi lif tu keluar. Dan mereka tidak keluar begitu sahaja. Ada sahaja yang dimakinya. Yang pakai kaki dengan tangan pun ada. Kuat sangat agaknya nak pukul lif tu. Bersambung-sambung dengan yang menunggu. Mereka semua caci makikan lif itu.
Kita patah balik sehari sebelum kejadian.
Aku tekan butang turun. Sabar menuggu. Petunjuk memberi bacaan yang lif sedang berada selang dua tingkat di atas. Padamkan rokok. "Ting" pintu lif terbuka. Brader badan ketul-ketul dah ada dalam lif. Terselit dicerah jari, rokok yang baru dinyalakan. Aku masuk. Brader badan ketul-ketul tekan butang untuk menetup pintu lif. Agak tak beretika gayanya. Sangat kasar dan tidak penyabar serta diikuti kata sumpahan pada lif tersebut. "Jangan gaduh-gaduh dengan lif bang, kalau nak gaduh pun tunggu kita sampai bawah" itu yang keluar dari mulut aku. Dia tengok aku macam tengok sandbag agaknya lepas tu. Ibaratkan pintu gua Ali Baba, tertutup jugak pintu lif yang tak bersalah dan lif mula bergerak ke bawah. Perlahan-lahan.
Tak sampai satu tingkat, lif berhenti. Berhenti dari terus turun kebawah. Berhenti untuk terus buatkan aku tergantung di tingkat tiga belas setengah. Tergantung di dalam kotak besi yang saiznya besar sedikit dari keranda aku satu hari nanti. Siap berkongsi dengan brader badan ketul-ketul. Tak romantik langsung. Aku mula batuk. Lemas dengan asap rokok brader badan ketul-ketul, nasib baik jenis paham bahasa,terus dipadamkan rokoknya.
Segala butang telah ditekannya. Butang loceng, keemasan, nombor talifon yang tertera di talifonnya. Cuba minta bantuan. Aku duduk dan mulakan permainan baru video game di talifon bimbit aku. Nak dengar lagu, talifon bimbit aku tak support Mp3. Aku tanya pada brader badan ketul-ketul, talifon dia boleh menyanyi atau tidak. Lagu Anuar Zain berkumandang. Sigh~ Lelaki Ini.
Kenapa mesti aku terperangkap dengan lelaki ini. Anuar Zain cuba jawabkan. Aku tak dapat nak terima.
Selepas berpuluh kali Anuar Zain melalak-lalak dalam lif temankan aku dan brader badan ketul-ketul. Kebawah jugak aku akhirnya dengan selamat. Sebaik lif terbukak, aku toleh pada brader badan ketul-ketul tadi. "Sekarang ni abang nak letupkan lif ni pun tak pe bang." tutur aku sebelum membakar rokok dan mencari tandas.
Balik pada hari kejadian.
"Adik... cepatlah masuk..."Penuh sinikal kata-kata dari hot mummy tadi. Anak dikiri kanan tangannya sudah diam dengan puting susu dimulut mereka.Yang lain-lain sudah berada di dalam perut lif.
"Akak nak naik tingkat berapa? Saya naik tangga je lah, lain kali kita turun sama-sama"