Monday, August 23

(8) Puasa 1431

Bazar Ramadhan 2

Semalam gua dapat assignment kena pergi bazar ramadhan. Gua punya ketua chef merajuk, malas lagi tepat, tak nak masak banyak-banyak.Tak apa, gua paham.

Disebabkan gua rakyat malaysia, makanan berbuka gua mesti banyak. Gua tak nak makan hanya nasi dengan kari kepala ikan waktu berbuka, sungguh tak rakyat malaysia la kalau tak mempelbagaikan juadah berbuka puasa, tak mempelbagaikan jenis air minuman. Kurma kena pakai usup taiyob, ikut trend semasa itu wajib. Inikan Malaysia.

Sebelum aku mula mengharungi sesak manusia, aku dah buat mind set. Aku nak cari ayam dalam sekor dua, murtabak singapore kalau boleh dalam 2-3 keping. Air tebu dua tiga baldi. 
Kalau ada puding caramel, gua nak try, gua tengok ramai sangat yang tekan butang "like"  bila ada yang post pasal puding caramel ni kat dalam facebook. Gua hairan sungguh, roti john memang dah tak famous ke sekarang ni??
Duit dah tukar siap-siap. Senang, tak payah nak tunggu makcik-pakcik tu pergi kedai sebelah tukarkan duit nanti. 

Masuk je bazar, ayam togel dah tertonggeng dicucuk besi dipanggang api. Pasang niat, balik nanti baru beli. Jalan depan lagi sikit, jumpa air tebu. Visual warna pada air tebu tu tak dapat tekan butang "like" dalam badan aku. 

Jumpa puding caramel, yang jual makwe seksi. Sekali imbas aku dah tau, rasanya mesti manis. Benda manis memang sedap dan manis. Tak macam yang menjual, biarpun punya ketiak bebas bulu, tapi ianya berdaki. Maaf, dia tunjukkan pada saya. 

Kedai lain pulak jual air tebu, satu jag 4 ringgit. Tak berbaloi, tak beli. Murtabak singapore tak jumpa, yang ada murtabak Pak Din. Macam tak berapa nak puas, kecik, bancuh intinya macam bawang berayam atau bawang berdaging.

Aku pusing bazar tu dua kali. Nicht. Tak ada satu pun. 

Sebelum balik, pergi balik ke kedai ayam mula-mula tadi, niat nak ratah macam primitif lepas baca doa berbuka nanti.. Sempat la jugak tengok mak ayam tu handle dia punya ayam-ayam. Dia bawak keluar ayam dari dalam bekas kedap panas. Dia pegang ayam togel tadi. Dia potong setengah. Kemudian dia bungkus dengan kertas pembungkus. Semua itu tadi dia buat dengan besarung tangan. Sarung tangan jenis kain yang orang buat pergi berkebun. Kulit ayam black pepper yang dipotongnya pun tak sehitam sarung tangan yang dia pakai (yang asalnya putih).

Aku masuk kereta dengan tangan kosong. Cuba selesaikan tugas, pergi ke bazar lain.

Sama,yang aku bawak keluar hanyalah sebiji tembikai. Boleh buat jus sendiri. My own juice, perfect!

Memang aku menyesal masuk bazar lepas pukul 4. Buang masa aku pergi tukar duit. Lagi menyesal kalau bukan satu, tapi dua bazar.