Tuesday, August 31

Rindu

Bangun pagi. Atau tengah hari. Terus hirup kopi.

Sekejap saja lagi. Sekejap.

Kisah Benar (1)

Parking dekat mana?? belum sempat Abu duduk, Daud sudah bertanya kepadanya. Dekat rumah kau, sambil menunjuk kepada Hashim, jawab Abu sambil menarik kerusi. Terus datang kepadanya pelayan dari India, bertanyakan makan dan minum. Sekarang nak cari parking pun susah, mengumam sendirian si Daud. Hashim dan Ali turut menambah minuman, mereka tahu mereka akan lama lagi di tempat itu. 

Tempat yang tersisip banyak memori. Tempat menghabiskan masa bersama-sama tak kira masa, boleh jadi sebelum, semasa ataupun selepas waktu sekolah. Disitu mereka duduk menyaksikan perlawanan piala dunia, berjudi kecil-kecilan. Tempat pertemuan mereka sebelum dan selepas untuk segala aktiviti. Kini selepas 7 tahun, mereka sekali lagi di situ.
Dengan bontot beralaskan kerusi plastik, dipisahkan tiap sisi meja plastik, mereka duduk berempat, berbumbungkan langit malam yang diterangi cahaya bulan, cuaca sejuk, angin bertiup shadu dan bintang tidak kelihatan. Sambil membakar rokok, Daud bersuara, mengatakan bertapa sesaknya kawasan itu sekarang. Bontot ke bontot. Tak pernah sunyi. Berlapis-lapis, berhimpit-himpit. Mereka sekarang berada di tengah kesesakan. Kawan yang bertiga tidak dapat tidak, turut bersetuju dengan kata-kata Daud.

Kata-kata Daud ibarat percikan api ke dalam telaga minyak. Terus bersemarak mereka bercerita, mengungkit cerita lama. 

Terus mereka berempat patah balik ke tahun 2002. Tahun yang mengujakan mereka berempat. Melalui zaman keseronokan mengambil SPM, yang mana jarang-jarang orang mengalami keseronokannya kecuali sesudah berjaya keputusannya. 

Mereka berempat memenuhi perut kereta buatan tempatan yang dipandu perlahan, dipandu oleh tuan punya kereta, Abu. Kereta yang berjaya dipinjam dari abangnya dengan dia kena membasuh kereta tersebut sebagai syaratnya. Perlahan mereka meninggalkan Damansara, menuju ke ibu kota sebelum menyusur ke Jalan Gombak menuju ke Danau Kota. 

Mereka ketika itu kepenatan. Malam sudah menganjak Subuh. Sempat juga Abu mempersoalkan tentang minyak kereta, Ali memberitahu Abu ianya akan dibahagi sama rata. Tak perlu risau, tenang riak Ali yang duduk disebelah Abu sebagai penunjuk jalan. Pengunaan perkataan tong tong dan torek ramai-ramai sangat sinonim dengan mereka ketika itu.  Daud dan Hashim yang duduk dibelakang membincangkan tentang kasut,  kelab malam, perempuan dan juga masa depan. 

Tiba-tiba Abu bersuara, menyatakan bertapa indahnya hidup dia andai benda yang mereka lawati tadi ada di sekitar daerah mereka, daerah Gombak. Membuatkan rakanya yang lain terdiam sejenak. Cuba bayangkan, belakang Pejabat Pos ni nanti ada panggung wayang, Daud menambah. Sebelah Pasar Gombak ada area Bukit Bintang, Hashim pun sibuk nak mencelah. Dekat Danau Kota, ada Jalan Pinang, ada Jalan P Ramlee, Ali juga tak nak ketinggalan. Jalan Gombak jadi trek macam Jalan Tar.  Batu Caves jadi Taman Tema Batu Caves, ada roller coaster dan juga flying carpet. Idea Ong Tai Kim jadi KLCC paling melampau.

Bersahut-sahut harapan mereka berempat, mengimpikan segalanya-galanya ada di Gombak. Tempat mereka bersekolah dan membesar. Tak perlu berlama di atas jalan raya, tak perlu membazir wang petrol dan juga tol. Tidak perlukan duit parking dan 3 batang rokok (mungkin lebih) untuk sampai ke destinasi. Tak perlu hingga Subuh untuk mereka kembali mendapatkan bantal dan tilam. Tak payah lalu road block. Paling penting, mereka tak perlu sesat.

Sambil projektor menebak layar putih menayangkan filem dari HBO, mungkin masih lagi layar putih yang sama sejak 8 tahun lepas, mereka berempat masih lagi bercerita. Segala harapan dan cita-cita yang mereka inginkan untuk Gombak dahulu  di ungkit satu persatu. Dan mereka sepatutnya gembira, separuh darinya sudah menjadi realiti.

Dari tempat mereka duduk sekarang, ke panggung wayang hanya 5 minit memandu, sudah boleh ke rumah urut berjalan kaki, selang beberapa pintu sudah ada pusat karoke, snooker centre dan kedai kuda memang merata. Mahukan alkohol, kedai cina sentiasa ada. Up town yang mereka teroka hingga ke Damansara dulu kini di depan mata mereka.

Dan sekarang mereka berempat tak putus-putus menyatakan rasa sesal, rasa semak, rasa rimas dengan semua yang mereka impikan, kecuali satu.

Perempuan-perempuan seksi yang tidak pernah menghampakan. Seksi yang seksi mahupun seksi yang sinikal. Mereka berempat tetap sukakannya. 

Pertemuan mereka malam itu berakhir ketika peniaga-peniaga Up Town sudah mula bersahur, ketika malam sudah menginjak subuh.


p/s: Nama-nama watak dalam cerita hanyalah nama samaran.



Monday, August 30

(11) Puasa 1431

Pembahagian malam


10 malam pertama.
Tok Siak: "Anak-anak, sila sembahyang di luar. Kawasan dalam untuk bapak-bapak dan orang dewasa. Jangan buat bising, jangan main-main. Ibu bapa kita minta untuk jaga anak-anak ya, jangan biarkan mereka buat bising."


10 malam kedua.
Tok Siak: "Anak-anak, jangan buat bising, marilah masuk dalam sikit, tapi sembahyang dekat belakang-beakang, dekat tempat yang disediakan. Ibu ibu, bapa bapa, sila awasi anak-anak"


10 malam ketiga
Tok Siak: "Anak-anak, mari lah penuhkan saf ni, banyak lagi ruang kosong dekat dalam, janji jangan buat bising, lepas sembahyang kita makan moreh"

Malaysia ohtanahairku.

Cerita "makhluk asing" masuk surau memang hot sekarang ni. Kalau dekat rtm, selang sejam keluar, kalau dekat paper, selang satu muka surat ada. Semua mesti ada selit menimbulkan kemurkaan Sultan. Sebab sultan tak bagi surau-surau, masjid-masjid jadi tempat politik.Sultan kan ketua agama. Pfft....

****

Bila baca surat-surat khabar yang dilempar ke pintu pagar rumah aku tiap -tiap pagi, oleh si Auntie Siew, seorang nyonya penghantar surat khabar, bini kepada Ganesh lelaki India si pengedar surat khabar, aku akan letak diri aku pada suatu sudut yang mana apa saja yang aku mahu katakan,  akan ada dalam sisip-sisip surat khabar tersebut.

Kalau aku mahu kata, dia mencemar agama Islam, aku akan tulis dia caci agama Islam.
Kalau aku mahu kata, kita tidak ambik remeh, aku akan tulis kita tak pandang ringan.
Kalau aku mahu kata, mereka pentingkan Cina dari Sultan, aku akan tulis mereka lupakan Sultan dan doakan Cina.
Kalau aku mahu kata, aku prihatin, aku akan tulis segala masalah akan aku selesaikan.
Kalau aku mahu kata hak semua bangsa sama adil sama saksama, aku akan tulis itulah dia cantiknya 1Malaysia.

Aku akan letak diri aku pada sudut itu.
Orang tua-tua kata, kalau kau cerita benda yang sama, berulang-ulang, orang akan percaya juga akhirnya dengan cerita kau, biarpun cerita kau cerita tipu.


Bila baca pulak surat khabar yang dilempar ke pintu pagar rumah aku seminggu dua kali, bersama-sama dengan surat khabar lazim setiap hari, oleh si Auntie Siew, seorang nyonya penghantar surat khabar, bini kepada Ganesh lelaki India si pengedar surat khabar, aku akan letak  diri aku pada suatu sudut yang mana apa saja yang aku mahu katakan,  akan ada dalam sisip-sisip surat khabar tersebut.

Kalau aku mahu kata dia penipu, aku akan tulis segala putar belitnya, segala kenyataannya, segala sisi gelapnya.
Kalau aku mahu kata dia korup, aku akan tulis aku punya bukti, aku punya dokumen, aku punya saksi, aku punya segalanya hanya tunggu untuk dia diheret ke mahkamah.
Kalau aku mahu kata kita tiada duit, kerajaan persekutuan dah sekat royalti, bajet tak diberi, JKKK ditukar ganti.
Kalau aku mahu kata aku tak salah, aku akan tulis, kerajaan dulu yang punya kerja, aku sekarang hanya mahu memperbaiki
Kalau aku mahu kata, kerajaan mereka tidak sah, akan aku katakan mahkamah tak keluarkan keputusan lagi, rampasan kuasa melulu, tak ikut prosedur.

Aku akan letak diri aku pada sudut itu.
Orang cina kata, mulut mesti suap nasi baru berak jadi tahi, jangan suap mulut dengan tahi, berharap berak keluar nasi. Tak jadi.

Sama macam baca blog, jangan percaya 100 peratus apa yang surat khabar tulis. Tak kisah baris mana, baris kiri atau baris kanan duduk akhbarnya, nanti bila timbang kilo, bersekedudukan jugak.


p/s: Ini blog aku, jadi tolonglah percaya dengan segala cerita-cerita aku. - Just being sarcastic for those who are dumb enough.

Trespassing

Cerita politik di Malaysia akan menenggelamkan isu-isu semasa seperti kes buang bayi dan juga kes main bakar-bakar di Indonesia. Paling top rated sekarang ni, cerita pasal trespassing surau. 

Dengan tidak menutup aurat, berhadas besar, tidak menghormati surau dan masjid, siap bagi "tazkirah", maka Islam Melayu di Malaysia mulalah naik cenggeng. Sekarang bayangkan kalau tempat Cina tadi tu diambil oleh Rosmah. Kenalkan Rosmah yang mana?

Ini yang aku nampak.

Yang kafir, biarpun pakai tudung semata-mata nak masuk masjid; Dia tetap kafir, dia tak wajib pakai tudung, dan dia nak masuk masjid pun tak haram.

Yang muslimah masuk masjid dan tak pakai tudung; Dia tetap muslimah, tutup aurat tetap wajib, tak kira dekat luar atau dalam masjid.

Tapi aku hairan jugak, kalau nak buat dekat luar pun boleh je kut.



Saturday, August 28

Hari Kebangsaan yang ke ??

Serius lupa, kena buat kira-kira dulu. 2010-1957 dapat 53. Ok, hari kebangsaan yang ke 53.

Yeay........Merdeka!!

Pergi sini--->10tahun, baca. Dari 2008 dah ada, tapi tak ramai yang jumpa.

Lepas ni jangan cliche sangat bila reporter tanya macam mana nak menghayati kemerdekaan kita ni. Kita hayati merdeka gaya kita sudah. Gaya orang muda. Perit jerih orang lalu, kita tak payah rasa, tak payah sibuk nak kenang, kita pun tak lahir lagi time diorang makan ubi rebus cicah dengan garam.

Kita cari perit jerih kita sendiri, baru thrill. Baru boleh belagak dengan cucu cicit nanti, kita ada modal sendiri. Amacam, ngam??

Malam di Kotaraya

Macam pergi padang pasir, banyak gila camel toe.

Teruja I tau!!

Friday, August 27

Tag

Damn, aku ingatkan menatang tag ni dah pupus.

Pasrah.

Thursday, August 26

(10) Puasa 1431

Mercun

Orang Negeri Sembilan panggil mocun. Orang kampung aku panggil firecrackers. Jelaskan, kampung aku bukan dekat Negeri Sembilan. 

Ok, balik cerita asal.

Setiap kali lagu raya keluar dekat radio, tiap kali tu jugak la berita pasal  putus jari, hilang telinga, buta mata, keluar dekat paper. Tak kira la dekat muka depan ke, dekat sebelah iklan courts mammoth ke, dekat belah belakang salam perantau ke, mesti ada cerita pasal terbakar kaki, kemaluan melecur, rumah terbakar, cerita paling kelakar, mercun roket masuk kain jemaah surau yang tengah sujud sembahyang terawih. Aku tak boleh nak anggap kelakar sebenarnya, tapi tiap kali aku bayangkan, mesti aku gelak.

Sejak alaf baru ni, tahun ni aku rasa paling buat rekod. Lepas berbelas tahun kilang haram mercun dekat sungai buluh dulu meletup, kali ni gudang dekat terengganu pulak yang meletup. Sampai melambung budak tersangkut dekat pokok. Tak taubat lagi bapaknya, tak tahulah nak kata apa. 

Entah-entah, ada yang buat rekod baru sehari dua lagi.

Mana datang mercun, tak payah tanya. Tak payah susah fikir-fikir macam mana boleh ada jual kat tepi-tepi jalan. Cari pakcik-pakcik, abang-abang yang polis. Mesti boleh dapat. Paling-paling susahpun, kena pegi tokong cina, beli dekat sami. Memang stail dia punya mercun, mercun mancis yang besar tu zaman sekolah rendah lagi aku dah main. Kalau area-area Kelantan, diorang baling je dari sempadan, dah sampai. Tak payah pakai pos laju, nak kena tunggu tiga hari baru sampai, lambat.

Tiap-tiap tahun aku balik kampung, mesti aku jeles dengan orang rumah depan, penuh satu bonet mercun dia bawak balik. Boleh tahan sampai dua tiga malam. Jiran depan umah dia pun tengokkan je la. Layan sama-sama. Kadang-kadang merasa jugak barang sedekah. Seronok sama-sama. Besar kecik tak kira, mesti terkinja, terpegun. Lebih-lebih lagi kalau mercun KLCC, tu yang paling famous tahun lepas. Mercun Osama dengan mercun bateri pun rare jugak. 

 Owh, "dia" yang bawak balik mercun satu bonet tu pakai lencana "Integriti Amalan Kita" ;)

Waktu puncak tahun ni akan sampai tak lama lagi, time tu telinga memang bingit, malam memang terang. Kalau ada anak kecil, tak payahlah nak tidurkan awal-awal. Kalau dah siap berlawan-lawan dengan orang kampung sebelah. Bersahutan pulak dengan segala jenis meriam, meriam buluh, meriam tanah, paling tak boleh blah, meriam katak. Lagi nak letak budak dalam buai. 

Babi dekat kampung aku pun macam kena curfew.

Cuma yang kadang terheran, tiap kali Cina raya dekat malaysia ni, mercun berbunyi jugak. Lagu Gong Xi Kong ada je dekat radio. Tapi kenapa berita-berita eksiden mercun ni macam tak sensasi langsung. Kalau reporter tak ambik port, diorang nak ambik apa? Takkan keluar dekat Nan Yang Siang Pau, tapi Utusan tak cover, tak berapa nak satu Malaysia la kan??

Kalau-kalau geng Ian Wright atau Anthony Bourdain datang ke Malaysia untuk meraikan hari raya tetapi kemudian terpaksa bertanya, "Are we celebrating Hari Raya or Chinese New Year, mate??"  Siapa nak jawab? Soalan Pak Arab itu hari pun tak terjawab lagi. Dah la ada mercun, beer pun banyak, tak ke confuse nanti?

Ditanya macam mana nak bendung, tak terbendung aku rasa. Yang menjual akan sentiasa menjual. Kalau dia tak jual, orang lain pasti akan ada jual. Kena rampas, yang merampas pun jual balik. Semua cari duit nak raya. Semua nak kaya. Semua.

Kepada mak-mak dan bapak-bapak, sila main mercun sekali bersama dengan anak-anak tercinta. Jangan harap orang lain nak jaga anak kau. Orang lain tu sibuk nak jaga mercun!!


 p/s: Kalau la stor tempat menyimpan mercun meletup dan boleh didengar hingga 4km, serta boleh melambungkan seorang budak, tertanya juga aku berapa jauh bom untuk menghancurkan seorang Mongolia boleh kedengaran.


Wednesday, August 25

Sempena Bulan Merdeka.

Kalau siapa-siapa ada lubang, ada cara, ada idea macam mana nak eksport barang ke luar negara, tolong cerita kat aku.

Aku ingat nak eksport bendera malaysia pergi ke indonesia. Dengar cerita permintaan tengah tinggi dekat sana. Lagi tinggi dari malaysia.

p/s: tolong jana ekonomi negara jugak bai.

Pelakun

 Ketawa kecil sambil geleng kepala bila baca berita ni.

Eternity

 Aku mahu gunakan warna-warna hidup aku ke atas kanvas aku sendiri, bukan untuk menumpang atas kanvas dia, atas kanvas kamu, atas kanvas mereka, atas kanvas siapa-siapa sahaja, yang kemudiannya boleh di padam, di buang, di ganti, di koyak bila segala corak atau contengan aku sudah tak bermakna lagi, sudah tidak diperlukan lagi atau sudah tidak relevan lagi. 

Kanvas untuk diabadikan. Aku mahu kanvas aku sendiri. 

Tuesday, August 24

(9) Puasa 1431

Lampu Lip Lap Lip Lap

"Why all this people turn on their Christmas light? Its not even December yet!!"

Benda yang dibincangkan oleh dua orang pak arab yang melintas rumah aku sambil aku tengah rilek-rilek hisap rokok lepas buka semalam.

Sapa nak jawab tu?

I Have A Dream

Kita bernafas hari ini, untuk mengharapkan hari esok.

Semua orang ada impian, ada matlamat, ada harapan. Mungkin satu, dua, tiga atau berapa sekali pun, yang penting ada. Ada sesuatu yang di inginkan, sesuatu untuk dikejarkan. Sesuatu yang akan berada disitu dalam kita semakin menghampirinya. Boleh jadi dalam apa bentuk sekalipun. Dalam bentuk material ataupun spiritual, yang penting realistik, dan bila ianya memang sesuatu yang realistik, kita pasti mahu ianya jadi realiti.

Bila aku buat revisi balik, apa yang aku mahu, apa yang aku nak, apa matlamat aku, aku terkejut, (buat-buat terkejut). Banyak. Aku kena rujuk balik pada kata-kata Homer; "All my life I've had one dream, to achieve my many goals". Satu impian untuk melunaskan segala matlamat. Semua orang impikan yang macam itu kan?

Herm... Except for one. A goal which I shared with some one else. That, I don't want to achieve it. But sometimes I wish that I already accomplished it and then wonder what people will call me; "Master in Reformatting Brain??" Perhaps.

And I have a life to live.

Monday, August 23

(8) Puasa 1431

Bazar Ramadhan 2

Semalam gua dapat assignment kena pergi bazar ramadhan. Gua punya ketua chef merajuk, malas lagi tepat, tak nak masak banyak-banyak.Tak apa, gua paham.

Disebabkan gua rakyat malaysia, makanan berbuka gua mesti banyak. Gua tak nak makan hanya nasi dengan kari kepala ikan waktu berbuka, sungguh tak rakyat malaysia la kalau tak mempelbagaikan juadah berbuka puasa, tak mempelbagaikan jenis air minuman. Kurma kena pakai usup taiyob, ikut trend semasa itu wajib. Inikan Malaysia.

Sebelum aku mula mengharungi sesak manusia, aku dah buat mind set. Aku nak cari ayam dalam sekor dua, murtabak singapore kalau boleh dalam 2-3 keping. Air tebu dua tiga baldi. 
Kalau ada puding caramel, gua nak try, gua tengok ramai sangat yang tekan butang "like"  bila ada yang post pasal puding caramel ni kat dalam facebook. Gua hairan sungguh, roti john memang dah tak famous ke sekarang ni??
Duit dah tukar siap-siap. Senang, tak payah nak tunggu makcik-pakcik tu pergi kedai sebelah tukarkan duit nanti. 

Masuk je bazar, ayam togel dah tertonggeng dicucuk besi dipanggang api. Pasang niat, balik nanti baru beli. Jalan depan lagi sikit, jumpa air tebu. Visual warna pada air tebu tu tak dapat tekan butang "like" dalam badan aku. 

Jumpa puding caramel, yang jual makwe seksi. Sekali imbas aku dah tau, rasanya mesti manis. Benda manis memang sedap dan manis. Tak macam yang menjual, biarpun punya ketiak bebas bulu, tapi ianya berdaki. Maaf, dia tunjukkan pada saya. 

Kedai lain pulak jual air tebu, satu jag 4 ringgit. Tak berbaloi, tak beli. Murtabak singapore tak jumpa, yang ada murtabak Pak Din. Macam tak berapa nak puas, kecik, bancuh intinya macam bawang berayam atau bawang berdaging.

Aku pusing bazar tu dua kali. Nicht. Tak ada satu pun. 

Sebelum balik, pergi balik ke kedai ayam mula-mula tadi, niat nak ratah macam primitif lepas baca doa berbuka nanti.. Sempat la jugak tengok mak ayam tu handle dia punya ayam-ayam. Dia bawak keluar ayam dari dalam bekas kedap panas. Dia pegang ayam togel tadi. Dia potong setengah. Kemudian dia bungkus dengan kertas pembungkus. Semua itu tadi dia buat dengan besarung tangan. Sarung tangan jenis kain yang orang buat pergi berkebun. Kulit ayam black pepper yang dipotongnya pun tak sehitam sarung tangan yang dia pakai (yang asalnya putih).

Aku masuk kereta dengan tangan kosong. Cuba selesaikan tugas, pergi ke bazar lain.

Sama,yang aku bawak keluar hanyalah sebiji tembikai. Boleh buat jus sendiri. My own juice, perfect!

Memang aku menyesal masuk bazar lepas pukul 4. Buang masa aku pergi tukar duit. Lagi menyesal kalau bukan satu, tapi dua bazar.



Sunday, August 22

(7) Puasa 1431

Bangun Sahur.

Bagi gua, part ni sebenarnya paling mencabar. Part nak bangunkan gua dari tidur pulak satu cabaran. Kalau tengah couple boleh bawak clash, kalau dah kahwin kesian dekat bini, kalau dah ada anak sampai ke siang la menangis, kalau rumah terbakar.... ok, gua belum kahwin, tak ada anak lagi dan rumah gua belum pernah terbakar. Balik cerita asal. Sahur ni la pun beza puasa kita dengan puasa ahli kitab.

Sambil gua rilek-rilek lepas buka puasa, gua bukak tv, nak layan berita. Ada pulak cerita pasal bangun sahur dekat Sabah. Ramai la orang kampung keluar rumah pagi-pagi buta, ada yang main kompang, main gitar menyanyi siap bagai. Ya, ada lagunya sendiri. Memang macam parade. Siap pakai baju melayu dengan samping. Macam nak pergi sembahyang raya. Makcik-makcik pun ramai yang join, siap pakai mekap. Sungguh berwarna warni. Lepas tu makan ramai-ramai dekat balai raya. Makan buffet!

Kalau dekat kampung gua, lagi sepuluh malam nak raya baru keluar tukang kejutnya. Kadang-kadang bersahut-sahut dengan tukang kejut dari kampung sebelah. Sampai cerah hari pun kadang-kadang tak habis lagi. Kalau dah sibuk letak kabaid dalam buluh, entahkan sahur, entahkan tidak tukang kejutnya. 

Dekat KL, mat rempit tukang kejutnya. Lagi beruntung kalau rumah dekat dengan uptown, downtown, town-town semua ni. Rumah tepi highway,kira bonus.

Kalau ada lagi, nanti kita cerita lain.Gua nak sahur.

Saturday, August 21

Fiksyen

Buka saja mata, aku nampak siling. Matahari memang dengki, panas muka aku kena simbah dengan cahayanya. Buang tahi mata sambil tegakkan badan. Menggeliat ke kiri dan ke kanan. Ada yang pernah cakap, aku tidur macam bayi. Aku pun tak tahu macam mana boleh sama. Bayi tiap-tiap dua jam bangun, menangis mintak susu, aku lepas dua jam kena kejut baru bangun. Part "dua jam" tu kut yang sama.

Aku tekan suis komputer, kipas berpusing bising. Botol mineral yang memang ada bawah katil aku capai. Aku teguk sampai habis. Aku bangun, ambil kettle dan keluar bilik. Selang 3 minit, kettle tadi dah mula buat kerja dia. Dah mula berasap. Cari rokok bawah katil, nak bakar sebatang, lighter habis gas. Selongkar rak pelbagai guna aku. Mesti ada yang boleh di buat pakai, jumpa. Komputer dah ready. Bukak iTunes,aku pilih playlist yang aku baru buat semalam untuk bagi kena dengan keadaan semasa. Speaker aku dah dum dum dum. Bukak portal berita. Ramai yang putus tangan, yang buta mata. Yang mati eksiden satu family pun ramai. Yang ramai-ramai eksiden tinggalkan family pun ramai. Memang musim.

Aku beralih ke lantai, duduk bersila. Air panas berasap-asap keluar dari kettle yang di bagi orang. Terus masuk dalam mug aku. Uncang peppermint yang aku dah sediakan sambil layan internet tadi aku celupkan ke dalam air panas. Gula 2 sudu kecil dah cukup. Diabetes itu sangat bahaya. Aku kacau dan nikmat. Minum teh sekitar jam 9 pagi tanpa mandi pagi adalah sesuatu yang orgasm. 

Mug tadi aku letak sebelah kanan aku. Aku jenguk ke kiri, ke bawah katil. Tarik botol kaca yang memang isi airnya tak sampai setengah dan juga surat khabar lama yang terlipat kemas ditindih botol. Senyum.  
Orgasm kali kedua, kali ketiga dan keempat.

Sayup-sayup telinga aku menangkap bunyi motor. Makin lama makin dekat. Akhirnya berhenti  dalam kawasan pagar rumah aku. Aku duduk dalam bilik buat-buat relax. Kejap-kejap lagi mesti ada yang sampai terjah aku.

Pintu bilik aku macam kena gegar dengan D7. 

"Sial, pagi-pagi lagi dah tak puasa!!"

"Hehe, jap lagi nak bungkus sekali tak??"

"Erk, boleh jugak...."

Thursday, August 19

(6) Puasa 1431

Terawih 2

Aku bernasib baik kerana sudah biasa bercakap dengan lelaki-lelaki yang secara tiba-tiba akan sendawa besar selepas meletakkan gelas mereka ke atas meja. Dan mereka juga sudah biasa menghela nafas dalam keadaan begitu. Burping around and make it loud (and nasty too). Dan selalunya ini akan berlaku di tempat yang gelap, bising, sesak, busuk, padat dan menggairahkan. Di mana kesantunan itu tidaklah penting, di mana kekecohan itu menyeronokkan, pada aku, itu tak apa. Kita namakan ini cerita satu.

Tapi bila di saat ruh mahu mencari ketenteraman, mahu menyelami alam spiritual yang perlukan ketenangan, yang dambakan keharmonian dan yang rindukan kedamaian. Aku memang tak dapat terima jika itu yang berlaku. Di kala  kepala kita hanya dipisahkan oleh bahu kau dan aku. Kau menyemburkan sendawa kau yang besar dan panjang. Beserta bau lauk pauk yang kau lahapkan tadi, maka terbanglah dia menghinggap tiap-tiap reseptor bau yang berdekatan. Disebabkan cerita satu tadi, maka dapat ku tahankan muntah aku. Perbuatan kau sangatlah tidak menghormati aku, orang sebelah aku, dan orang sebelah yang lagi satu dan mungkin yang sebelah lagi satu. Mungkin. Tambah-tambah lagi kau bawak watak sebagai seorang tabligh. Kepimpinan melalui telandan bang. Biar senonoh sedikit perangai, lebih-lebih lagi time jumpa Tuhan.

Sila emailkan jawapan anda.

Selesai je azan, biji kurma aku letak di tepi piring. Terus sepotong pizza bertukar tempat. Dari dalam kotak menuju terus ke piring aku. Persinggahan terakhir sebelum lumat didalam mulut aku. Kotak-kotak pizza yang tersusun bertindih satu sama lain terletak di tengah meja. Sering kali bertukar tempat. Macam main enjit-enjit semut pun ada.

Dalam kesyaduan menikmati makanan Itali itu,timbul satu persoalan. Aku tahu aku tak ada jawapan untuk itu. Sama dengan persoalan-persoalan lain yang selalu bermain di benak pemikiran. Biar pun ianya benda yang mudah. Yang senang. Tapi kenapa logik akal selalu tak jumpa apa jawapannya.

Asas pizza itu dibuat dari adunan yis, tepung dan air. Di adun dan digaul hingga sebati. Kemudian diletakkan atas kuali yang selalunya berbentuk bulat. Sebab itu bulat juga bentuknya yang keluar. Sebelum dimasukkan kedalam ketuhar dan dibakar, "topping" diletakkan di atas adunan tersebut. Terpulang apa "topping" yang ada mahu. Jangan minta "topless", sekarang bulan puasa, nanti kita cerita lain.  Dan akhir sekali, hirisan keju diletakkan ke atas kepingan bulat pizza tadi setelah ianya bertukar keemasan. Macam tu la kut cara-cara nak buat pizza. Aku tak pernah buat, setakat tengok dekat AFC.

Jadi, berbalik pada persoalan aku tadi;

"Kenapa kotak pizza mesti dalam bentuk empat segi sedangkan pizza itu bulat?"

Kenapa tak hasilkan kotak yang sama bulat ataupun pizza yang empat segi.

Kenapa?

Kalau ada jawapan sila rujuk pada tajuk entry.

Baru Sedar

I can't write when the music is on. Especially when there is no caffeine, tar and nicotine.

Pencuba.

Bila setiap hari kau buat benda yang sama, letakkan usaha untuk sesuatu yang kau percaya, dan kau kata kau akan terus mencuba hingga benda yang kau percaya akan terhasil, akan terbentuk, dan akan dikecap. Bagus, kau berani mencuba.

Tapi bila sampai satu tahap. Satu tahap dimana garisan limitasi tahap kesabaran sudah hampir dekat. Pasti rasa kecewa itu akan mula membentuk embrionya. Sedikit demi sedikit akan membesar ingin menjadi bayi. Sama seperti rasa kecewa tadi, dengan hanya sedikit rasa kecewa, berlonggok-longgok himpunnya maka makin jelaslah kecewa itu. Dan garisan limitasi tahap kesabaran itu pasti akan musnah. Musnah dengan rasa kecewa yang meluap-luap.

Keadaan ini yang membuatkan aku balik ke pekan Springfield malam tadi. Homer selalu ada penyelesaian untuk tiap masalah, selalunya dengan bir. Dia juga selalu mencetuskan masalah, juga dengan bir.

Dan akhirnya, kata-kata yang aku dapat semalam daripada watak animasi yang berasal dari pekan Springfield terus bermain-main.

“You tried your best and failed miserably. The lesson is: never try.”

Make sense. Lesson learned.

(5) Puasa 1431

Sifat Pemurah

Bulan Ramadhan. Memang ramai yang bersedekah. Kalau baca surat khabar, macam tak ada anak yatim yang terbiar. Semua telah digembirakan. Semua dapat berbuka makanan yang sedap-sedap dan yang lagi penting dapat berbuka dengan ahli-ahli politik negara. Sumbangan duit raya pun mesti ada, mesti beratur panjang-panjang lepas tu naik pantas. Muka kena senyum bila tengok kamera, kalau tak gambar tak keluar paper.

Yang bersedekah dekat masjid-masjid untuk jamuan moreh pun ramai. Tambah-tambah lagi kalau masjid sebelah Bazar Ramadhan (ramai yang dah panggil Baram atau pun Param. Kita panggil Haram nak??). Mana-mana karipap, lepat pisang, roti john, murtabak, jagung, tau fu fa, nasi briyani, pulut, yang tak habis terjual, mesti boleh dekat masjid berdekatan atau surau berhampiran selepas teraweh. Bau-bau, ada yang dah basi. Pegang-pegang ada yang dah bertali. Kunyah-kunyah, rasa plastik.

Tapi tiap kali sampai penghulu segala bulan ni, pasti aku akan kena menjawab tiap baris dialog seperti ini:
 "Kalau kau nak, kita boleh kongsi nasi, aku makan nak lapik perut je", atau "Aku tadi terlebih beli nasi, ambik la, aku tahu kau lapar", atau "Maggi aku ada dalam locker, nak aku masakkan??", siap nak masakkan beb. "Nah, pegi beli nasi, lauk ayam kampung goreng dengan gulai lemak telur itik. Beli dua, balance duit ambik. Teh 0 ais jangan lupa, dua". ataupun "Nak McD tak??".

Keikhlasan untuk bersedekah paling ketara datang dari golongan yang tak berpuasa (sesama mereka) sebenarnya.

Tuesday, August 17

(4) Puasa 1431

Drive Thru

Bulan puasa ni, beratur dekat kaunter lagi cepat kut. Kereta yang berbaris lain macam dia punya panjang. Ramai sangat yang kejar Mc Value Lunch agaknya.

Monday, August 16

(3) Puasa 1431

Rancangan masak memasak

Sejak aku belum bersunat, dari aku berpuasa 60 hari sebulan. 60 hari sebulan sebab aku kira double tiap-tiap hari. Setengah hari pagi dapat seringgit, setengah hari petang dapat lagi seringgit. Sampai la sekarang yang kadang-kadang tak perasan pun puasa, sedar-sedar dah raya. Rancangan masak memasak mesti ada dekat tv time-time bulan puasa ni dan selalunya mesti tayang waktu puncak kelaparan.

Tahun ni, masuk hari ke enam puasa, aku dah potong bawang sambil mata layan Rob Rainford dekat 703. Layan jugak tengok dia marinate babi. Sampai ketua chef dekat rumah aku bising, tangan ke lain, mata ke lain. Potong bawang tak sama tebal. Potong cili tak sama halus. Bagi ukuran dalam unit SI, gerenti selesai masalah.

Yang penting jari jemari aku masih lagi berfungsi macam biasa.

(2) Puasa 1431

Terawih

Time-time macam ni memang ramai yang cuba-cuba bawak kaki melangkah ke masjid. Bagus beb. Biar pun dapat tahan 4-5 malam je sebelum terpengaruh dengan drama dekat Astro. Berat perut lepas buka puasa pun selalu jugak jadi halangan. Tambah-tambah lagi kalau buka puasanya sampai 2-3 kali sehari. Memang dugaan nak bawak diri ke masjid untuk terawih. Kalau untuk moreh, aku tak tahu.

Dalam ramai-ramai yang ada dalam masjid, mamat rock sorang ni memang menarik perhatian. Tiap kali datang mesti sarung tshirt rock. Cubalah berbawak pakai baju yang senonoh sikit kalau iya pun. Kau nak pergi jumpa tuhan kot, kalau nak jumpa makwe boleh nak hensem-hensem, takkan nak jumpa tuhan kau nak pakai tshirt Search jugak. Bukan nak pergi konsert bai. Abang Yazid drummer Search tu pun reti pakai sopan-sopan kalau nak ke masjid. Amy pun sarung jubah dah sekarang beb. Kalau tak ada baju melayu sangat pun nak sarung, sarung tshirt pagoda lagi bagus. Berangin sikit. Tak la berbau sangat compare dengan tshirt rock kapak kau tu. 

Sunday, August 15

(1) Puasa 1431

Bazar Ramadhan

Gua kalau nak masuk bazar, gua masuk dalam pukul 3 sampai 3.30 sahaja. Tu pun kalau dah lapar sangat. Makanan fresh-fresh lagi. Air pun manis-manis lagi. Orang pun tak sesak, makwe pun tak ramai. Nak test dulu air sebelum beli pun boleh. Memang menjaga kepuasan pengguna. Line menunggu ayam golek pun tak panjang. Karipap pun panas-panas lagi. Murtabak tak start tebar lagi. Ikan bakar leceh sikit, baru nak hidup api. Air soya gerenti tak basi lagi.

Lebih dari pukul 4 memang gua tak masuk dah. Baik gua pergi masjid kalau nak buka puasa. Dapat jemaah Maghrib sekali.

Sekarang dah dekat pukul 3. Bai bai.

Tuntutlah Ilmu


Masing-masing yang bangkang pasal idea ni mesti akan suruh patah balik pada agama. Kebanyakannya akan suruh patah balik pada Islam, sebab yang bercakap itu agama dianutnya.  Betul, aku setuju. Tak ada agama yang membolehkan anak itu dibuang sesuka hati. Tapi bila tiap kali jadi kes, dapat pulak tangkap mak atau bapak atau bapak-bapak anak tu, kebanyakkannya akan bawak kad pengenalan agama Islam. Budak agama lain tak ada nafsu ke?

Dalam pendidikan agama Islam jauhi zina tu memang di ajar. Maksud zina pun ada ustazah terangkan.  
"Zina ialah melakukan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah". Hubungan kelamin tu apa ustaz?  "Memasukkan kemaluan lelaki kedalam kemaluan perempuan". "Dan ingat, jangan kamu hampiri zina!"

Dengan berbekalkan ilmu agama ini, mereka pun keluar untuk teruskan hidup masing-masing. 

"Jap, aku rewind dulu tape ni"
Zaman pakai video tape lagi. Boleh sewa, ikut hari. 

"Psstt...blue mau?? 
Time Petaling Street tengah top. Kalau nak bahan baru, lepas tuisyen dekat Kasturi belakang CM confirm budak-budak mesti pergi cari.

"Ada CD baru?? Kita tukar"
Masa ni dah makin senang dapat. Sistem barter dengan kawan-kawan dah cukup berbaloi. Tapi kalau dah lepas dari tangan, jangan harap nak dapat balik. 

"Blueetooth jap"
Zaman budak sekolah yang tak reti nak pakai public phone.

Ok, dengan ilmu agama tadi, kau rasa iman tebal mana yang tak koyak dengan segala hasutan yang ada. Tebal Bible ada?

Ilmu agama tu penting. Setuju. Gua pun sekolah agama bai. Tapi mana cukup, setakat ilmu agama  untuk SPM, setakat Islamic Studies dekat universiti untuk cukupkan jam nak dibandingkan dengan pengaruh luar. Benda sedap pulak tu. Berapa ramai budak perempuan yang tak pernah tengok porn? Budak lelaki tak payah cerita, confirm.

Jadi, bila ilmu agama yang dari dulu memang dah diterapkan tapi tak jalan-jalan. Bagi la ilmu lain pulak dekat budak-budak tu.Janganlah bila kita kata bagi pendidikan seks, korang kata lagi menggalakkan maksiat, lagi mengajar budak-budak. Kita bercakap biar realistik. Even though without sex education,  they still did it right??

Sekurang-kurangya, bila seks selamat itu diajar, mereka tau apa yang mareka hadapi. Mereka tahu yang diorang AKAN merasa nikmat, sedap, dan puas. Dan mereka tahu yang dmereka AKAN nak lagi. Sex is addictive and it is good. Yang lelaki akan tahu, ekor kecilnya boleh buat perut perempuan jadi besar. Yang perempuan tahu bila period tak datang, munkin dah berisi. Tak mungkin tiba-tiba terus ada 4 bulan kandungan kan? Dengan pendidikan seks, mereka akan tahu macam mana nak hadap 'sebelum', dan 'selepas'. Kalau nak ajar hal 'semasa', bukak KamaSutra, syllabus lain.

Paling-paling kurang, budak sekolah tu tahu, kalau pakai kondom biar masa tengah perform bukan bila dah selesai layu.

p/s: Pendidikan seks pun ilmu jugak kan??

Friday, August 13

Take a Chance on Me.

Selesai parking kereta dengan sekali reverse, aku mulakan langkah. Sambil berjalan, aku kepitkan batang rokok dibibir. Lalu pondok pengawal. Kosong. Tak payah nak membri senyum atau mengangkat muka. Yang payah, tak ada tempat nak mintak lighter. Bibir terus mengepit lembut rokok.

Sampai di bangunan yang aku tuju, ramai yang berkumpul depan lif. Encik-encik dan puan-puan guard juga turut memeriahkan majlis. Penduduk setempat pun sekali. Masing-masing dengan tangan yang berisi. Pakcik berketayap menjijit bubur lambuk. Hot Mummy dengan dua orang anak kecilnya. Yang abang dijinjingnya, yang adik dikendongnya. Apek tua dengan tongkat kayunya, budak sekolah dengan talifon bimbit canggihnya. 2 orang warga Asia barat dengan bir tanpa alkohol mereka, memperkatakan sesuatu yang amat serius aku rasa. Yang pegang lighter aku tak jumpa. Sigh.  Biarpun masin-masing tangan berisi, tapi mata mereka semua sabar melihat nombor yang tertera menjadi lebih kecil bilanganya. Sedikit kecoh, yang budak dah mula menangis, yang tua dah mengangkat tongkat. Guard-guard cuba untuk tenangkan keadaan, lif sangkut, apa yang boleh mereka buat? Talifon juruteknik dan tunggu. Lif rosak? Awesome..

Ini lif manyak cilaka woo... apek tua sudah mula mencaci. Datang dua orang budak, bawak helmet. Mau saya hantam sama helmet ka uncle? Rakyat malaysia kan suka bantu membantu. Kalau dia boleh, lu kasi hantam la. Para pengawal dah tak boleh nak mengawal. Budak kecil terus menangis. Hot mama masih cool, macam benda kecik sahaja padanya. Warga Asia Barat tadi sudah memilih tangga. Cara jalan konon-konon dah mabuk minum alkohol.

"Lif ni memang ini macam la uncle". Cuba untuk tenangkan sedikit keadaan dengan ajak bersembang. "Semalam saya pun sudah ada sangkut". Jelas aku tanpa dipaksa-paksa, tanpa dipinta-pinta. "Pakcik pun  pernah  jugak, dekat 3 jam sangkut. Susah betul, dah la masa tu pakcik tengah sakit perut." "Pakcik sorang ke berteman masa tu??" tanya aku spontan. "Nasib baik sorang.." sambil tersengih. Pertama kali aku dengar, ada yang kata dirinya bernasib baik terperangkap dalam lif keseorangan. Hehe. Cerita tentang lif ini berlanjut-lanjut. Macam-macam sumpah seranah yang keluar. Andai kata lif tu punya perasaan, aku jamin, lif tu akan bunuh diri.

Dah dapat api, sekarang rokok aku dah terkepit berasap.

Ngam setengah jam lepas tu, abang juruteknik sampai. Datang buat gaya kacak dan tak bersalah. Berkilat rambutnya. Dengan bau yang ada, mesti pakai minyak rambut Tancho. Entah apa yang dibeleknya, akhirnya pintu lif itu terbukak. Menderu-deru isi lif tu keluar. Dan mereka tidak keluar begitu sahaja. Ada sahaja yang dimakinya. Yang pakai kaki dengan tangan pun ada. Kuat sangat agaknya nak pukul lif tu. Bersambung-sambung dengan yang menunggu. Mereka semua caci makikan lif itu.

Kita patah balik sehari sebelum kejadian.

Aku tekan butang turun. Sabar menuggu. Petunjuk memberi bacaan yang lif sedang berada selang dua tingkat di atas. Padamkan rokok. "Ting" pintu lif terbuka. Brader badan ketul-ketul dah ada dalam lif. Terselit dicerah jari, rokok yang baru dinyalakan. Aku masuk. Brader badan ketul-ketul tekan butang untuk menetup pintu lif. Agak tak beretika gayanya. Sangat kasar dan tidak penyabar serta diikuti kata sumpahan pada lif tersebut. "Jangan gaduh-gaduh dengan lif bang, kalau nak gaduh pun tunggu kita sampai bawah" itu yang keluar dari mulut aku. Dia tengok aku macam tengok sandbag agaknya lepas tu. Ibaratkan pintu gua Ali Baba, tertutup jugak pintu lif yang tak bersalah dan lif mula bergerak ke bawah. Perlahan-lahan.

Tak sampai satu tingkat, lif berhenti. Berhenti dari terus turun kebawah. Berhenti untuk terus buatkan aku tergantung di tingkat tiga belas setengah. Tergantung di dalam kotak besi yang saiznya besar sedikit dari keranda aku satu hari nanti. Siap berkongsi dengan brader badan ketul-ketul. Tak romantik langsung. Aku mula batuk. Lemas dengan asap rokok brader badan ketul-ketul, nasib baik jenis paham bahasa,terus dipadamkan rokoknya.

Segala butang telah ditekannya. Butang loceng, keemasan, nombor talifon yang tertera di talifonnya. Cuba minta bantuan. Aku duduk dan mulakan permainan baru video game di talifon bimbit aku. Nak dengar lagu, talifon bimbit aku tak support Mp3. Aku tanya pada brader badan ketul-ketul, talifon dia boleh menyanyi atau tidak. Lagu Anuar Zain berkumandang. Sigh~ Lelaki Ini.

Kenapa mesti aku terperangkap dengan lelaki ini. Anuar Zain cuba jawabkan. Aku tak dapat nak terima.

Selepas berpuluh kali Anuar Zain melalak-lalak dalam lif temankan aku dan brader badan ketul-ketul. Kebawah jugak aku akhirnya dengan selamat. Sebaik lif terbukak, aku toleh pada brader badan ketul-ketul tadi. "Sekarang ni abang nak letupkan lif ni pun tak pe bang." tutur aku sebelum membakar rokok dan mencari tandas.

Balik pada hari kejadian.

"Adik... cepatlah masuk..."Penuh sinikal kata-kata dari hot mummy tadi. Anak dikiri kanan tangannya sudah diam dengan puting susu dimulut mereka.Yang lain-lain sudah berada di dalam perut lif.

"Akak nak naik tingkat berapa? Saya naik tangga je lah, lain kali kita turun sama-sama"

Monday, August 9

Nyonya, saya mahu makan tunggu azan tau, mau buka puasa!!

Kereta pinjam itu aku gerakkan dari satu jalan ke jalan yang lain. Dari simpang ke simpang.Di kiri dan kanan jalan tersusun deretan rumah kedai yang kebanyakkanya tidak bernyawa. Kertas iklan "To Let" tersusun menghias roller shutter bagi yang masih belum diberi nyawa. Satu tahun dari sekarang aku pasti tempat ini akan sesak, akan huru hara biarpun pada Ahad, pasti tidak akan seperti hari ini. Dan aku ditemani dengan perbincangan bersama Lelaki Femini Putrajaya yang duduk disebelah aku. We talk about money, drugs, girls, art, sex, and Chicharito. He did awesome last nite anyway. And I'm not going to talk about what had been talked between us.

Sampai dihadapan satu kedai, aku tergamam. Macam budak-budak first time tengok kapal terbang depan mata. Atau ibarat budak sekolah yang tercenggang kekaguman mendengar akan sejarah kehebatan Liverpool dari cerita-cerita pengharapan pakcik-pakcik tua mereka. Ibarat pengantin lelaki yang kagum akan..... I was stunned.

Minum sebanyak mana hanya untuk 20 ringgit. Dari Isnin ke Ahad. 6 ke 7 petang. Dan lambang tulisan Calrsberg yang dulunya menaja Kelab Liverpool menjadi model/latar belakang/product/penaja. That was cheap. Memang rugi menaja Liverpool ni agaknya. Macam bufet berbuka puasa pun ada jugak. Tapi tanda halal memang tak ada lah.

Macam bufet buka puasa, gumam aku. Lelaki Femini Putrajaya tergelak kecik.. seperti mengiakan satu penyaksian. Awesome, this is Malaysia. Negara Islam yang pelbagai kaum, bangsa, agama, dan parti politik. Thats why I'm loving it. Kecuali untuk yang akhir sekali. Politic just sucks at any angle I see it.

Tutup pusat maksiat sempena kedatangannya. Semua bangsa harus hormatkan bulan suci ini kata meraka. Sejak tanah aku duduk ni bukan mereka yang punya, sungguh Islamik bunyi mereka. Untuk aku, itu hak mereka, kenapa tidak kita hormatkan? Memang sudah jadi budaya minum itu budaya mereka, kenapa kau susah hati? Sebab kau kena hadir majlis berbuka puasa dan tak dapat kesana kau iri hati?

Teringat waktu aku umur aku sekitar belasan tahun. Seorang pakcik di LRT yang membebel sambil memaki pasangan cina yang menurut butir kata makinya tak reti nak hormat orang puasa. Mulut menjerit bahasa carutan sambil mata menjeling perempuan melayu yang selambak dadanya dibandingkan dengan perempuan cina yang sopan pakaianya.  Hey, thats the challenge dude. Take it or leave it.

Cerita hormatkan hak ini memang aku suka. Yang melayu pertahan hak bumiputera, yang lain-lain pertahan hak demokrasi. Biarpun semangat satu malaysia yang berpadu teguh tak kenal kaum macam gagak di ibukota, bersepah merata-rata. Isu yang satu ini tak akan selesai. Aku rasa geng melayu (baca:aku) terasa sangat sayangkan segala keistimewaan itu. Just admit it, we actually afraid to lose it. Dan geng lain-lain merasa mana demokrasinya negara ini.

Dan kita-kita yang Melayu, bila mereka tak berpuas hati jangan cepat sangat melatah. Biasalah, pasti akan ada yang iri hari. Aku juga iri hati pada mereka. Mereka punya bahasa ibunda yang tak ramai antara kita tahu. Mana pergi semangat satu malaysia bila tak semua bahasa difahami oleh semua rakyat. Tak payah semua, dapat majoriti yang paham pun dah cukup aku rasa. Ada korang-korang sibuk nak protes? Jangan protes suruh mereka guna bahasa kita dan lupakan bahasa mereka. Proteslah suruh jadikan bahasa wajib dekat sekolah-sekolah. Baru budak sekolah boleh layan semua jenis drama dekat tv lepas buat homework. Nak deal talifon dekat Sg. Wang pun senang. Kawtim parking pun tak leceh. Ini tidak, modal kita tak habis-habis cina pengotor berak tak basuh. Hey, diorang pakai tisu tu pun kira bersuci jugak tau!

Politic just suck at any angle I view it.

Thats the only reason I hate about Malaysia. Yang bertelagah antara kaum ini hanya datang dari atas kerusi-kerusi orang politik. Di atas jalan, di kaki lima, di warung kopi, di pub, di tandas awam, di klinik swasta, di stesyen minyak aku lihat rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini masih menjalankan kehidupan mereka yang norma. We still need at each other. Jangan tipu korang tak mengeluh bila supermarket tutup masa Tahun Baru Cina. Jangan bohong sampah korang berkutip bila Deepavali. Dan korang nak sangat mamak buka bila Aidilfitri.

Kepada semua kawan dari bangsa lain, aku mintak maaf . Dalam keluarga pasti ada anak emas. Dalam kelas pasti ada murid kesayangan. Dalam sekolah pasti ada teacher favourite. There is nothing that i can do except enjoy all the privillages. Siapa yang tolak tuah. Kan?

Wednesday, August 4

Sin Lam Alip Mim Ta

Peluh mengalir pelahan dari dahi aku. Belakang aku kuyup. Aku bawak tapak tangan aku kebawah bontot, masih kering, nasib baik. Malam itu gelap. Lampu yang biasanya terang untuk temankan aku tertidur sambil membaca kini tak menyala. Bukan bekalan elektrik dipotong, tidak. Bunyi dari penghawa dingin memberitahu yang lampu itu hanya perlukan sentuhan jari aku untuk buatkan ia menyala semula - sentuhan pada tempat yang betul. Aku sambung baring dan tarik selimut. Mula membayangkan semula apa yang terbayang waktu aku tidur tadi.

Aku tahu aku salah. Tak patut aku buat macam tu. Tapi takkan sampai aku tidur pun terbawak-bawak. Bukan besar mana pun salah aku tu. Kekadang aku rasa dia macam Ibrahim Ali dan aku ibarat kamu Cina atau India atau mana-mana kaum bukan bumi yang hanya menumpang kasih dekat tanah 1 Malaysia ni. Macam-macam yang direbutkan. Macam-macam hak diperkatakan. Pening jugak aku.

Baru sebulan pending, dah macam-macam. Terpikir jugak aku kalau benda macam ni boleh malarat sampai bertahun-tahun. Cukupla apa yang dah aku hadap.

Jam terus berdetik. Mata aku dah tak boleh pejam. Igauan buruk tadi terus terbayang-bayang di atas skrin putih yang terletak dalam kepala otak aku. Akhirnya hati aku akur dengan apa yang dicadangkan oleh buah pikiran aku. Moga-moga Tuhan Selamatkan Kamu. Moga-moga.

Aku tukar tempat, dari atas katil pergi atas kerusi. Tangan meraba dalam gelap. Tak sampai dua minit, aku dah berada dalam talian internet. Dan aku mula mencari.

At last aku jumpa. Lagu yang boleh aku dengar untuk aku tidur semula. Takla membantu sangat, tapi boleh la dari tak ada langsung.Video ni kalau untuk ditengok, memang tak berapa nak untung. Tapi kalau setakat nak buat dengar, balik modal la jugak.




Abaikan efect visual.


p/s: Gua tau gua lambat sebulan. Sue me!!

p/s/s: Brader Harmonika; lu gempak bai.

Tuesday, August 3

Am I???

Am I fat???

Sebaik sahaja duduk, itu soalan pertama yang keluar dari mulutnya. Sudah boleh diagak soalan itu akan keluar setelah dia mengambil sejenak waktu untuk membelek tiap inci tubuhnya secara kasar di cermin besar dalam kedai mamak ni. Soalan ini aku sudah selalu dapat, bukan hanya dari dia, tapi dari yang dulu-dulu. Apa jawapan sekalipun yang aku bagi selalunya masih akan mengundang masalah pada aku.

Selesai buat pesanan, aku tengok muka dia. "Apo nyo??", acuh tak acuh.

Am I fat???

"Yes, u are fat.U are fat before and fatter now"

 "Really??? Oh TuhanKu" jeritnya kecil. Bersambung-sambung dengan rengekan kecil yang bertanya dimana terletak lebihan lemaknya. "Kat mana yang gemuk?? Kat sini? or sini? kat sini gemuk tak?". Aku hirup nescafe perlahan-lahan sambil pandang mukanya. Manisnya. "I want to go for a diet. You kena tolong I". Kali ni tak ada rengek kecil dan suara manja. Nadanya serius. Aku hirup nescafe, kali ni pahit.

"How can I help you with your diet??" Mee Goreng sudah siap sedia untuk dijamah. Perah limau, buang biji.  suapan pertama aku mulakan dengan sopan santun. Hanya untuk suapan pertama sebelum aku menjamah bagaikan seekor babi. Babi menjamah ke??

"Nah, habiskan ni pulak". Aku tak sedar bila nasi goreng ayam dia dah sampai. Tak berusik lagi. "So, is this the way you want me to help you??". Tangan aku dah pegang botol cili sos. "This is good, I can get back my perfect shape soon" bisik hati aku. My perfect round shape actually.

Selesai urusan di kaunter, resit putih dan wang kertas bertukar tangan. Marlboro bertukar tempat. Aku dan dia sudah berada dalam kereta. She driving and me smoking. Menuju ke sanctuary aku. The consecrated area.

"Be ready at 5" ucap dia sebelum aku keluar dari bahang dunia. "Where to?? heaven or hell" aku bertanya setelah melihat jam di tangan yang mana jarum jamnya sudah lepas sedikit angka 4 dan jarum minitnya ngam ngam berada atas no 9. Jarum saat langsung tak kelihatan.

"Titiwangsa, teman I jogging".
"Tak mau la, I just finished two heavy meal. How can i jog??" balas aku sedikit membantah. "Thats why la I nak you ikut sekali. biar u ada 6 pack". 
Ibarat mesingan automatik, "I dulu dah ada 6 pack, tapi sekarang dah habis". Peluru aku pinjam dari AKAB.

"Have fun!!" sambil kenyit mata.