Sunday, November 28

Sehari suntuk di Medan Idaman

Medan Idaman ni bukan tempat 5 bintang. Memang tak akan menjadi pilihan makwe-makwe berbanding KLCC. Tak ada apa yang menarik untuk ibu bapa bawa anak mereka datang ke sini waktu musim cuti sekolah kecuali Pasaraya Ong Tai Kim. Remaja yang melepak di sini jarang mengeluarkan bunyi "dowh" dihujung setiap ayat. Mereka lebih gemar menggunakan dialek minang dalam komunikasi carutan mereka. Remaja disini juga tak bercium mulut di tepi-tepi jalan utama. Mereka akan ke lorong-lorong belakang atau pun ke tangga-tangga yang sunyi. Dari zaman aku sekolah menengah lagi, cuma dulu tak ada talifon berkamera untuk merakam dan memuat naik ke facebook untuk kawan-kawan klik butang like.

Medan Idaman ni dibuka waktu aku bersekolah rendah. Darjah enam kalau tak silap aku. Pembukaan Medan Idaman yang jaraknya tak sampai 1Km dari sekolah rendah aku telah mengajar aku satu benda yang tak berapa penting tapi berguna sampai hari ni. Macam mana cara-cara nak membeli burger di McDonald. Dan selepas beberapa kali ziarah ke McDonald yang baru dibuka, aku dan kawan-kawan sedar sesuatu, Gov Tax selalu menipu duit kami kalau beli beef burger asing-asing. Aku sedar yang kerajaan menipu aku sejak dari sekolah rendah lagi, bukan lepas masuk universiti.

Kini lepas berbelas tahun Medan Idaman dibuka, aku kembali mengunjunginya. Dalam sebulan dua tiga kali juga aku menjejakan kaki ke sana, ke sebuah kedai yang menjual barangan terpakai; kedai Bundle. Boleh diklasifikasikan sebagai bundle Gred A. Bundle yang aku singgah di Pord Dickson dan di Bangi, juga memperkatakan tentang bundle di Medan Idaman Gombak ini. Aku rasa bertuah.

Beberapa minggu yang lepas, mungkin sudah hampir sebulan, seperti biasa aku membuat lawatan tak rasmi bersama seorang kawan beserta wang tunai. Perkara wajib yang harus di bawa ke kedai bundle. Kalau setakat nak membelek tak ada tunai, tak guna. Kunjungan balas selepas itu pasti mengecewakan kalau kau  tak ambil kesempatan pada kali pertama kau terjumpa sesuatu yang menarik. 

Selepas tiga jam membelek baju, seluar, kasut, dan aksesori, dan berpuas hati dengan pilihan yang mengikut kemampuan masing-masing. Aku dan kawan aku keluar menuju ke kereta. Sampai sahaja di kereta, dia ajak aku temankan dia, masuk ke Cyber Cafe katanya. Aku akur, boleh juga melihat Cyber Cafe Medan Idaman sekarang. Masih lagi menjadi tumpuan budak sekolah lagi  atau tidak selepas Streamyx dan beraneka band yang lain dah melambak dekat pasaran.

Tinggalkan barangan belian dalam kereta, menapak menuju ke blok sebelah. Lalu kedai nombor Damacai, sibuk macam biasa, tapi tak sampai sesak beratur panjang, tengah hari, ramai yang tak dapat mimpi lagi agaknya. "Kau berjudi tak Mirul? tanya kawan aku. "Dulu...zaman main kuda masuk syiling pernah lah jugak" santai sambil bakar rokok aku jawab. "Kalau macam tu, maknanya awak ni ada sifat-sifat seorang penjudi" balas kawan aku sambil tergelak. Aku dah dapat rasa yang bukan Cyber Cafe tempat tujuan kami. Terus berjalan ikut bontot kawan aku, berhenti sampai satu kedai yang pintu kacanya bercermin gelap. Gelap macam cermin kereta hakim dan pintunya berkunci dari dalam. Dilepaskan pemegang pintu dan kawan aku tekan suis loceng yang sudah pecah plastik rumahnya berkali-kali. Buzzer berbunyi, dan pintu terbuka.
Jejak je kaki aku dalam premis tak berpapan tanda tu, "Just like Vegas" bisik hati kecil yang sering di bolak balik. "Cari duit jap" kata kawan aku sambil menghulur not 50 kepada apek dibelakang kaunter. Pilih Pc dan masukkan kata laluan yang apek bagi. "Kau ada hal tak lepas ni? Ada nak pergi mana-mana?" soal kawan aku sambil memilih jenis permainan yang mahu disertainya. Aku tahu apa maknanya bila soalan semacam itu ditanya pada aku. Aku akan berada lama di situ bersama dia. Aku geleng kepala, tarik kerusi, duduk di sebelah dan mata aku memerhati sekeliling.

Kedai tu sesak. Hampir 50 biji Pc dan sangat sedikit yang tak berpenghuni. Ada dua mesin kuda dekat tepi. Jenis masuk syiling, tapi cuci dekat kaunter, bukan jenis lama yang syiling akan jatuh tiap kali kuda kau sampai dulu ke garisan penamat. Pakcik sekitar lewan  40an atau mungkin awal 50an sibuk di situ, bercakap tentang kira-kira judi kuda. Apa yang kena, apa yang lari. Menjadi juga teorinya selepas berkali-kali dia menjerit keriangan dan mengatakan betapa betulnya kata dia.

Yang datang melabur, tak ramai yang sezaman dengan aku. Aku perhatikan, ramai yang datang dari golongan 30 ke atas. Aku disitu tergolong dalam lingkungan yang termuda. Pangkat atuk-atuk pun ada juga dalam empat lima orang. Dari pukul berapa mereka di situ aku tak tahu, tapi PR mereka dengan pengujung lain sangat bagus. Ramai juga yang menegur mereka. Bercerita tentang mesin mana yang memberi mesin mana yang menelan. Dalam premis satu pintu tu, pelbagai bangsa duduk sekali menghitung nasib masing-masing. Ada Singh, ada India, ada Cina, ada Melayu. Silap. Ada bangsa Malaysia, bangsa Indonesia, bangsa Myanmar dan juga bangsa India. Yang India pakai seringkas mungkin, hanya bertshirt pagoda untuk menutup perut dan dhoti membalut kaki.

Pelayan gerai sibuk mengambil pesanan dari pengunjung. Gerainya diluar kedai, tapi khidmat penghantaran ke dalam premis di sediakan. Complimentary drinks pun ada. Pembantu apek sibuk mengagihkan air kotak tiap-tiap sejam. Tiap-tiap pengunjung dapat satu, termasuk aku. Apek dan pembantunya kelihatan cukup pemurah. Sentiasa tersenyum lebar. Bila pengunjung makin kerap menghulur duit dari mengutip bayaran, macam kawan aku, senyumannya makin melebar. 

Dalam masa dua jam, dua ratus ringgit dah bertukar tangan dari kawan aku ke apek si penjaga kedai. Masih belum mahu mengalah,(baca; duit masih ada) permainan mesti di teruskan.

Bila aku bernafas kembali dengan udara segar luar premis, matahari dah tenggelam. Langit dah kelam, sekelam raut wajah kawan aku yang tinggal sepuluh ringgit untuk makan malamnya. Sepuluh ringgit hasil pelaburannya di mesin kuda dengan modal seringgit yang aku pinjamkan padanya.

Seminggu lepas tu, aku dengar kedai tu makin terkenal, keluar Tv katanya, rancangan 999.

Saturday, November 27

Tragedi Oktober

Oktober dah lepas, macam-macam yang berlaku dekat aku dan juga Malaysia. Penuh dengan tragedi.

Tragedi 1

Dapat merasa untuk merafak sembah mengadap Tengku Mahkota. Acara yang penuh dengan unsur-unsur Iluminati jika pengkaji-pengkaji Iluminati menjalankan kajian. Kalau tak dikaji, dibuat perbandingan dan menimbulkan persoalan, tak ada siapa pun mempersoalkan tentang wujudnya unsur-unsur Iluminati dalam acara tersebut.

Tragedi 2
Bepuluh ribu peminat bola sepak tanah air berkumpul dalam stadium Shah Alam untuk menyaksikan dua kuasa merah bertembung. Red Warriors dengan Red Giants. Red Warriors yang menang dan dari bepuluh ribu manusia, hanya dua orang menemui ajal sesudah usai perlawanan. Aku percaya, kalau yang bertembung itu Red Giants dan juga Red Devils, stadium tetap akan penuh dan jumlah kematian mungkin sifar.

Tragedi 3
Kalau dalam tragedi dua melibat puluhan ribu manusia, tragedi tiga melibatkan hanya puluhan manusia, tapi berbeza dengan tragedi dua tadi, daripada puluhan yang terlibat, hampir separuh daripada mereka menemui ajal. Dan macam biasa, pemandu bas akan tetap dipersalahkan sama ada memandu terlalu laju atau memandu dalam keadaan mengantuk.

Tragedi 4
Aku dua kali dikejarkan ke wad kecemasan PPUM. Sakit apa, sampai sekarang tak dapat dipastikan lagi . Menurut Dr. May, doktor yang berasal dari Myanmar, aku mungkin mempunyai batu karang dalam pundi kencing. Kena buat Ultra Sound yang dijadualkan pada April nanti baru boleh dapat kepastian. Aku rasa menjelang April nanti, aku dah ada batu bata dalam pundi kencing aku.

Tragedi 5
Harga rokok naik lagi.

Tragedi 6
Aku bawak kawan jauh yang datang dari Johor makan di tengah Kuala Lumpur. My favourite place. Disebabkan hanya berempat, ambil meja yang paling kecil, tapi disebabkan menu yang terlampau banyak, meja jadi tak muat dan terpaksa habiskan menu yang ada atas meja terlebih dahulu sebelum datang menu-menu yang lain. Selesai makan, meja segera dibersihakan oleh Iera, gadis Indonesia yang pandai berbahasa Thailand. Yang tinggal hanya gelas-gelas minuman dan botol-botol air. Tak lama lepas tu, datang Hanis Zalikha bersama dua orang kawanya duduk di meja berdekatan dengan meja aku. Nasib baik aku dah selesai makan, perempuan cantik macam Hanis Zalikha sangat boleh membantutkan nafsu makan. Aku balik dengan sendawa besar malam tu.

Tragedi 7
Rooney buat hal nak keluar Manchester United.


Antara tragedi-tragedi yang aku ingat dan sempat aku draftkan sebelum berakhirnya Oktober.

Friday, November 26

Terpakai

Bila dia masuk je kereta, terus dia tanya dekat mana aku beli baju yang aku tengah pakai. Bila dia tengok aku tak respon, baru dia tanya khabar aku.

Aku suruh dia teka sendiri, dekat mana aku beli. Shopping complex dah macam rumah nombor dua, pejabat jatuh rumah nombor tiga dia. "ZARA, TopMan, Cotton On??". Aku gelengkan kepala. Tak ada yang betul. Dia terus tibai menibai entah apa-apa lagi nama kedai.

"Kalau I pakai t-shirt Ek Hadi mesti U cakap i beli kat uptown kan?" Aku tanya dia balik. 

"Memangla, I tau U memang tak mampu. Cakaplah cepat, U beli dekat mana baju ni."

"Kalau mampu pun, tak hingin aku beli tshirt Ac Mizal tuh." Aku masih tak nak menjawab pertanyaan dia, dekat mana aku beli kemeja kotak-kotak yang aku tengah pakai waktu tu.

"Ok, kalau tak nak cakap dekat mana U beli, bagitau berapa ringgit U beli" Nada dia seakan-akan mengalah.

"Dua puluh ringgit harga lepas diskaun". 

"Ha!!!! Baik bagitau sekarang jugak dekat mana U beli. Ke U tengah menipu ni sayang??

 Penuh dengan gertakan, amaran, dan juga godaan dalam cubaan dia untuk tahu dekat mana aku beli baju yang aku tengah pakai.
Tak sangka pulak aku, baju tu aku beli dekat bundle, harga dekat tag 25.90, lepas diskaun aku dapat 20 ringgit. Heheh... pembelian yang berbaloi aku rasa kalau sampai perempuan yang kaki shopping boleh samakan baju aku dengan brand-brand dalam shopping complex yang dah berbulan-bulan aku tak jejak. 
 Dan sampai sekarang dia masih lagi tak percaya yang baju tu aku beli dekat bundle dengan harga 20 ringgit. 

Thursday, November 25

Bukak Api

Cerita 2 Alam keluaran dR. Rozmey, seorang doktor yang mukanya tiap-tiap hari akan keluar dekat surat khabar. Mengambil alih tempat Dr. Angkasawan sebagai doktor paling terkenal dekat Malaysia sekarang, Dr. Fazley pula sempat juga top sekejap baru-baru ni, tapi lepas tu terus hilang gelaran Dr, sekarang ni degan dia-dia sekali aku rasa dah hilang.

Berbalik kepada perihal 2Alam, maklum balas yang aku terima dari orang ramai sangatlah negatif terhadap filem ini.Aku pun tak ingat tajuk filem ni pada awalnya, tapi bila mana tiap-tiap komen disusuli dengan nama dR. Rozmey, baru aku tahu nama filemnya 2 Alam. Promosi bagai nak rak, tapi nama filem pun susah nak lekat dalam kepala. 

Semalam aku buang dalam sepuluh minit aku untuk tonton the making 2 Alam dekat youtube. Yang buat aku terkejut, ramai juga pelakon-pelakon yang hebat-hebat dalam filem ni. Amy Search dan Ramli Sarip pun turut terlibat dengan menyumbangkan suara mereka yang sangat sedap. Dan aku rasa, ini satu-satunya filem yang menggunakan wajah penerbit untuk mengiklankan filem ini berbanding barisan pelakon tu sendiri. 
(Baca: Marketing lu lemah gila bai.)

Sebelum aku cerita pasal jalan cerita, kredit untuk Amy dan Ramli sarip. Lu dua orang otai rock. Abang yang pegang kamera pun aku salut jugak, macam tengok filem Khabir Bakhtiar pun ada juga. Tapi semua tu tak bermakna kalau jalan cerita tak bermakna.

Biarpun aku hanya menonton the making, tapi aku dapat agak bagaimana jalan cerita filem doktor ni. Cerita tentang seorang lelaki yang megubah jantina kepada perempuan, ikut jejak Elton John, perkahwinan sejenis, menjadi seorang yang penisless dan juga boobsvailable. (Cant imagine how the pussy look alike anyway). Kaki parti dan kaki kongkek di kota London. Dipendekkan cerita, watak ini telah melakukan 7 dosa besar dan telah mati.

Dan konflik dalam filem ini timbul sewaktu proses pengebumian watak tadi berlangsung. Macam-macam halangan terpaksa di tempuh oleh orang kampung untuk menguruskan jenazahnya. Dan untuk memudahkan aku buat kesimpulan review aku terhadap the making filem 2 Alam ni, aku dapat simpulkan yang filem ini di adaptasi dari majalah Mastika mana-mana keluaran sejak keluaran tahun 90-an hingga sekarang. Go get one and u will get what I'm trying to say

Kalau nak tengok cerita pasal pondan, google tajuk entry dekat youtube. Cerita pondan berbentuk docu terbaik yang pernah terhasil dekat Malaysia. 

p/s: Suhailah Salam sangatlah tak patut memegang watak pondan.  

Try Azwan Ali next time doc, or maybe u want to concentrate back on your jusmate5.

Gangguan

Aku nak buat lagi satu entry, tapi Milo sibuk ulang alik depan monitor aku, pijak papan kekunci aku dan tak reti-reti nak senyap bila aku keluarkan dia dari bilik aku. Tapi tak apa, sebab dah sayang, layankan saja.

Sebatang rokok bersama Ramesh

"Ramesh, mau rokok??" pelawa aku kepada dia. Ramesh seorang lelaki India yang datang dari India merantau ke Kuala Lumpur, bekerja sebagai tukang kebun di rumah seorang jutawan. 

"Boleh juga abang" sambil tersengih panjang dia ambil sebatang dari dalam kotak rokok aku. Terus dia keluarkan lighter dari dalam poket seluar, membakar rokok aku dan juga rokok dia satu persatu.

"Ramesh, U punya kampung apa nama?" 

"Saya Chennai sana mari la abang, Tau ka?? Jawab dia sambil menyedut dalam asap rokok. Tergambar kenikmatan dari raut wajah gelapnya.

"Tau, itu tempat dekat dengan laut kan?" Buku White Tiger sangat membantu aku memahami tentang perihal India.

Ramesh hanya mengangguk kepala sebelum bertanya sama ada aku pernah ke sana atau tidak.

"Chennai tak pernah, New Delhi sudah sampai. Jauh kan??" tanya aku balik pada dia.

"Jauh la!!! naik bas kalu... satu minggu tarak sampai lagi. Itu India sangat besar. Dua bulan baru cukup kalau mau pusing satu India. Ini Malaysia, dua hari sudah cukup!" Ujar dia sedikit belagak dan angkuh dengan kebesaran India.

"Bukan sebab India besar Ramesh, U mau pusing India sampai dua bulan sebab u mesti mau naik bas. U naik bas, u bukan duduk dalam, u naik atas bas. Lagi dia punya jalan, mana lagi cantik?? Malaysia punya ka India punya lagi cantik? Apa macam mau pusing laju-laju?

Aku padam rokok aku. Masuk kedalam rumah jutawan, terus ke bilik anak perempuannya hanya untuk melihat seorang warga Indonesia pula melakukan kerja-kerjanya. 

Sepetang bersama En. Gan

Bila dapat duduk semeja dengan lelaki cina yang datang dari golongan umur yang berbeza dengan aku, aku akan tanya dan perkatakan banyak benda. Dari hal-hal yang berhubung kait dengan perniagaan hinggalah ke perihal gadis-gadis Thailand di Danok. 

Aku lagi senang panggil dia Gan, tak cukup formal lagi untuk panggil dia Incik Gan dekat kedai kopi. Jarang dapat duduk semeja dengan dia, tapi tiap kali duduk semeja dekat mamak, mesti belanja aku Marlboro, dia sendiri suka Mild Seven. Tapi kalau dekat kedai cina, aku tak nak dia belanja apa-apa. Takut jadi rasuahatau termakan budi pulak nanti.

Semalam atas urusan perniagaan, aku dan Gan lepak semeja. Hanya untuk bertukar cek yang mengambil masa tak sampai sepuluh minit, tapi akhirnya, aku dan dia bangun keluar dari selepas 3 jam. Banyak benda yang keluar dari mulutnya (beserta percikan air liurnya). Tentang beza sikap Melayu dan sikap Cina. Tentang kemudahan kita dan dia. Tentang modal berniaga dia dan aku. Tentang bapak dia dan juga bapak aku. Sampai satu bahagian, dia bercerita tentang poket-poketnya.

"Kita lelaki arr, mesti ada banyak poket maa.....saya sendiri aaa...mesti ada dekat-dekat sepuluh poket mau jaga. Tiap-tiap bulan woo!!". 

"Ini apa poket U cerita Gan, U jaga u punya poket jangan kasi koyak cukup maa, tak susah punya kerja"

 "U sekarang belum kahwin, U jaga U punya poket sendiri lor.. That moment U kahwin arr, U mesti jaga U punya bini punya poket, itu nanti dapat anak lagi,  U punya anak punya poket. Lu punya ma, lu punya apak lagi. Itu semua poket U mesti jaga maa." Aku ingat lagi, waktu dia cakap line ni semalam, banyak gila air liur dia besembur-sembur.

"Itu mau jaga perut maa, bukan poket." bidas aku dalam nada tak berapa nak yakin.

"Bukan perut saja maa u kena jaga, itu anak kalau sakit kepala, u mau jaga perut jugak ka?. Kalau u punya bini mau angkat kasut baru, u jaga perut jugak ka?? Itu macam punya poket la. Itu tiap-tiap poket arr... lain-lain maa dia punya buku kira. Akaun mesti ada banyak, mesti ada isi sekali." jawab dia balik dengan penuh kayakinan. Aku angguk-angguk tanda mula nak paham.

"Tapi apa pasal u punya poket tiap-tiap bulan sangat banyak Gan."

"Saya Cina maa.." pengakuan yang tak perlu dinyatakan lagi, tapi dinyatakan dengan penuh bangga. 
"U kira aa, saya sendiri punya poket, saya punya bini, saya punya anak lagi. Itu saja sudah tiga maa. Lagi itu lancau-lancau punya bil, kereta rumah sudah lagi satu poket. Saya punya ama, sama apak satu poket. Itu saja sudah berapa you kira??

"Baru lima" jawab aku sambil tunjuk tapak tangan tunjuk dekat dia.

"Amoi saya  punya poket pun mesti ada ma.... 6d punya poket pun mesti ada tiap-tiap bulan-bulan maa."

"Wahh... lu pun judi punya tahi ka Gan?"

"Bukan tahi maa... itu rejeki arr... Allah yang bagi maa." Persis Ustaz Kazim dalam facebook bagi ceramah dia bercerita dekat aku. "Wa ar, tiap-tiap minggu, mesti mau kasi spend sepuluh ringgit beli itu nombor. Satu tahun u kira, berapa wa punya modal?" 

"520 ringgit"

"Baru 520 ringgit lu tau, satu kali kena aaa... wa jutawan woo. Itu cerita jackpot lorr... semua nombor u kasi hantam kena. U dapat itu sagu hati pun sudah cukup maaaa... u punya modal untuk satu tahun sudah dapat balik, lu tak beli itu nombor arr... lu tak keluar itu sepuluh ringgit, apa macam rejeki mau masuk. Apa macam Allah mau tolong?.

Terdiam aku lepas tu. Kena ceramah dengan orang bukan Islam. Tapi bila pikir-pikir balik, dia bagi contoh seminggu 10 ringgit. Seminggu ada 3 kali draw tak silap aku. Kalau dah nama kaki, takkan nak beli seminggu sekali je kan.  Kurang-kurang seminggu dua kali, dan pengalaman aku berkawan dengan remaja-remaja melayu yang suka beli nombor (nanti cerita lain), sepuluh ringgit untuk sekali membeli memang tak pernah cukup.

Wednesday, October 20

Sesi Soal Jawab Bergambar.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?


Tak ada Oksigen, kita tak hidup.

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit sendiri?
 8" x 8" x 90 pieces
 3. Dimanakah tempat anda ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?
Tema: Taman Tema Permainan.
 

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Boleh didapati di mana-mana kedai buku utama.

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
 Berapa lama ya??  
6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?

 Off the Edge dah makin susah nak jumpa.
7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan kekasih anda?
Pastikan ianya kukuh tidak bergoyang.
8. Apakah nama penuh anda?

Bukan business card saya.

9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra?
 Mesra lebih sesuai untuk Petronas, bukan aku.


10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda?
Orangnya sangatlah menghiburkan.

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Bukan no tel aku. Untuk maklumat lanjut, sila email.


12. Di manakah tempat yang betul-betul anda mahu pergi?
Luas rupanya muka bumi ni.

13. Pilih satu, peluk atau cium?
Maaf, gambar terpaksa ditapis.


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?

Kalau memasak, sepokok cili
Kalau bercakap, pedas berapi

15. 5 benda yang anda sayang sangat dalam hidup anda?
Gambar mengandungi empat daripada lima benda yang aku sayang sangat.

16. 5 lagu yang anda suka dengar?
Apa yang keluar, itu yang aku dengar.

17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?



Di atas meja yang belah kanan, kali terakhir makan berenam.
18. 5 orang blogger yang anda mahu tag


Tak bekenan

19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag
Tidak berkenaan.




Monday, October 18

Surat tunjuk sebab

Cungap-cungap Timbul ke dasar. Ambil nafas. Tarik dalam-dalam.

Cepat-cepat menyelam balik. Tenggelam lama-lama.

Oktober yang menjanjikan

Sejak dari sekitar Ogos, aku dah tunggu-tunggu akan Oktober. Terlalu banyak benda yang dijanjikan untuk Oktober tahun ni. Ada yang sudah ditunai, ada yang belum. Ada juga yang tengah dalam perjalanan.


Cerita Satu.
Cerita hal belanjawan. Jantung dup dap dup dap tunggu belanjawan keluar. Ramai yang kata silap-silap naik lagi. Nasib baik tak naik. Pak Najib memang pandai ambik hati. Kalau tak habis ayam daging telur tepung susu pampers semua ikut naik. Yang tak ikut naik rokok, sebab rokok dah naik sendiri.
Tapi kakitangan kerajaan ramai jugak yang ngomel tak dapat bonus. Kesian juga kalau-kalau anak ramai, sekolah nak bukak hujung tahun, duit tepi lebih 5 ratus, sekejap je tu. 

 Yang sebut pasal kadar tol tak naik dalam 5 tahun lagi memang buat aku senyum jugaklah. Tapikan, kalau semua lebuh raya upgrade jadi 3 lorong pun seronok jugak. Kalau tak dapat upgrade jadi 3 lorong pun, dapat tolong tampalkan lubang-lubang yang dah ada dekat lorong-lorong tu pun dah cukup sangat dah.

Lagi satu yang aku kagum, naik lagi sebiji pencakar langit dekat tengah-tengah Kuala Lumpur. Tepi sikit je dari Bukit Bintang. Shoulder to shoulder katanya. Bangunan pejabat sampai 100 tingkat. Cumanya, lepas aku congak-congak dalam kepala, dekat tengah KL banyak lagi aku nampak papan iklan ruang pejabat untuk disewa atau dijual. Jangan beerdiri megah tapi lepas tu berhantu sudah lah. Hantu penjara pudu dah tak ada rumah sekarang ni. Lagi satu, tolong pastikan tak roboh macam yang dekat Terengganu ya.

Cerita Dua.
Makan-makan. Tak cukup dengan Syawal yang dah luput, ada lagi yang extend sambut hari raya buat open house. Jemputan kenduri jangan cakap. Bertindih-tindih. Menu jamuan raya selang seli dengan lauk kenduri, bersesak-sesak dalam perut. Perut jangan cerita, dah jadi belapis-lapis.

Bila cerita pasal makan, teringat satu cerita. Sambil aku buat-buat bekerja dengan tukang kayu yang bekerja, dia bukak lagu dangdut, "Kena rilek-rilek sikit Mirul, orang Indonesia wajibnya dangdut, harus goyang-goyang, kalau orang Malaysia, wajibnya makan. Sekejap-sekejap makan, sampai pukul tiga pagi, makan lagi." Aku terus buat kerja. Betul betul.

Cerita Tiga.
Ikatan kasih. Ramai yang mengikat janji disimpul mati. Menyulam kasih suami isteri. Pilihan tarikh cantik sekali. Diatas pelamin cantik beseri. Wang hantaran tersusun rapi, total amountnya ikut sekali. Moga-moga sampai kemati.

Memang musim. Dalam kalendar, memang dah boleh agak waktu-waktu hit kenduri macam oktober tahun ni. November kurang sikit sebab ada raya haji. Naik Disember hit balik. Tahun depan punya kalendar, aku tak nampak lagi musim mengawan tu keluar kat mana. Kalau boleh buat kenduri luar musim. Senang aku nak datang. Jangan berebut tarikh, nak sewa dewan pun susah nanti.

Sempena tarikh baik baru-baru ni, sangatlah banyak jemputan. Satu pun aku tak jengah. Tak sempat. Antara janji-janji yang tak tertunai. Tak apa, kenduri kahwin aku nanti, kalau tak nak datang, aku tak berapa nak kisah sangat. Aku pun tak pasti lagi, aku datang ke tak kenduri kahwin aku nanti.

Cerita Empat.
Bila dijanjikan peluang, ianya sesuatu yang kita semua akan tunggu, bila ianya akan muncul. Tapi bila diberikan peluang, belum tentu kita telah bersedia untuk menyambarnya. Jadi, bila kita telah dijanjikan peluang, abaikan dahulu sama ada ianya akan menjadi pasti atau hanya akan menjadi fantasi, yakinkan diri, sambil menunggu, siap-siapkan diri. 

Peluang itu hanya pembuka kata menjengah gua. Masih ada lagi tembok tipis untuk dipecah dan juga usaha gigih diperlukan untuk menikmati keseronokan itu.

Cerita Lima
2010. Janji dari 2003 atau 2004. Sampai tahun lepas aku masih abaikan. Terasa diri sangatlah jahat, seperti seorang perompak, pembunuh, pemberi rasuah, dan juga pemakan harta anak yatim. Tapi untuk tahun ni tak tahu lagi, sebab dia punya cantik dekat kalendar 2010 lain macam sikit lah.

Cerita Enam.
Dalam sepuluh minggu lagi, dah nak masuk tahun baru. Yang ni aku janji aku tak tipu. Laju betul kan?

Tuesday, October 5

Susu

Apala agaknya rasa susu 1Malaysia nanti ya? 

Mungkin ada sedikit rasa bir, rasa todi dan juga rasa susu itu sendiri. Mungkin juga ada sedikit elemen tongkat ali dan juga herba-herba. 

Tapi jangan risau, Encik TPM kita dah cakap macam ni, "Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menyediakan garis panduan pengendalian susu sekolah bagi memastikan keselamatan, pengendalian dan kualiti bekalan susu yang dibekalkan mencapai piawaian yang ditetapkan".

Mak tak sabar noks nak hirup susu.

Monday, October 4

Bau

"Hurm... bau tipikal kereta jenis ni. Tiap-tiap kereta yang sama bangsa dengan kereta ni, mesti ada bau yang sama" Tutur aku sebaik saja bontot aku terletak kemas atas kerusi bersalut kulit dalam kereta buatan tempatan beliau. Terselit kemas di jari, gulungan kertas putih yang siap sedia untuk dibakar. 

Dua jam tambah tambah selepas itu.

"Hurm.... kuat gila bau" Ucap beliau sebaik sahaja masuk kedalam kereta selepas bergelen-gelen air manis dan kurang manis masuk kedalam pundi kencing. "Bau tipikal tadi ke? Soal aku balik. "Haah, tapi kali ni bau tipikal Snoop Dogg".

Oktoberfest 2010

Tiap-tiap tahun dekat Malaysia, masuk je bulan sepuluh, mesti ada yang bercakap pasal bahasa. Sebab bulan sepuluh bulan bahasa. Cuma tahun ni kurang sikit yang bercakap pasal bahasa. Mungkin aku yang tak jumpa, ataupun memang reporter malas nak cover cerita pasal bulan bahasa dekat Malaysia ni. Kalau ada pun yang aku jumpa, cuma berita yang ini sahaja.<-----

Ok,  ape yang Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka cakap tu ada betulnya. Memang laman sosial antara penyumbang terbesar ke arah menjahanamkan bahasa. Sejak dari zaman friendster lagi, di bawak ke zaman myspace, dan kini facebook serta twitter. Memang ini antara medium-medium yang paling senang dan mudah untuk menjahanamkan bahasa. Sekejap, imbas kebelakang lagi sikit, sejak zaman IRC lagi sebenarnya, ASL Pls....

Disebabkan dalam rumah yang lengkap dengan internet ni masih ada lagi yang berbaju putih dan berseluar hijau pada setiap pagi kecuali Sabtu dan Ahad, aku dapat lihat kesan-kesan yang mana kalau dibiarkan, boleh menjahanamkan bahasa pada suatu hari nanti. Kalau setakat terguna pakai singkatan perkataan dalam karangan tak apa lagi, tapi kalau siap boleh pakai Bahasa Inggeris yang siap disingkatkan lagi dalam karangan Bahasa Melayu; Oh!! Ini Serius~.

Gila ke apa, tulis karangan Bahasa Melayu boleh selit-selit perkataan Inggeris yang telah disingkatkan.

Itu dari segi penggunaan Internet. Cara guna yang salah boleh merosakkan bahasa.

Tapi kalau dari segi penggunaan harian, sedar atau tidak, rakyat melayu sendiri dah lama mencuba untuk merosakkan bahasa mereka sendiri. Sampai sekarang aku tak paham, kenapa bila mana Melayu mahu bercakap Cina, secara automatiknya, "Tokei arr.... itu balang lu juai murah-murah saja lor, kasi dikon sikit laa..." Bila Melayu mahu bercakap dengan India, "Dey Macha.... ini kereta luar kasi cuci, itu dalam kasi vakum. Bila Melayu Malaysia mahu bercakap dengan Melayu Indonesia, "Bik, kapan mahu siap makan malamnya?

Memang aku kena akui, aku pun sama.

Kenapa kita tak macam Indonesia, tak kira dekat mana, dengan siapa, bahasa Indonesia mereka tak akan berubah. Kecuali bila mereka sesama mereka tukar siaran pakai bahasa Jawa.

Bahasa Jiwa Bangsa kan??

Kalaulah Cikgu Malek, cikgu Bahasa Melayu aku dulu baca blog aku, tertanya-tanya juga, banyak atau tidak kesalahan tatabahasanya. Entah berapa kali la agaknya tetek aku kena cubit.


p/s: laju betul 2010 ni.

Saya kenal hurup ni cikgu, ini hurup EM.

Start je raya sampai sekarang, penyakit EM besar menyerap masuk melalu tiap liang roma terus ke salur-salur darah. Dari situ, jantung menjalankan kerjanya, mengepam tiap-tiap sel itu ke seluruh organ dalaman tubuh  badan. Maka seluruh tubuh aku sekarang semakin lemah, diserang bertalu-talu oleh virus-virus penyakit EM besar.

Besar Punya!!!

Tuesday, September 28

Waduh waduh

Kebelakangan ni, hidup aku sehari-hari di kelilingi oleh warga seberang. Terpaksa akui, tanpa diorang, kerja aku tak jalan, mulut aku tak bersuap, perut aku tak berisi.

Sekarang ni badan aku penat, otak aku letih, otot-otot aku tegang dan mata aku berat.

Nanti ada masa aku cerita panjang-panjang.

Friday, September 24

Lupa nak cerita

Raya tahun ni aku lagi banyak habiskan masa di hospital berbanding di rumah sedara mara ataupun depan tv. Lagi banyak habiskan masa bersama manusia tersayang dan juga nurse-nurse muda yang tak berapa pandai mencari urat untuk jarum picagari mereka. Lagi banyak bertanya khabar penghuni-penghuni wad dari khabar sedara mara adik beradik. Lagi banyak makan biskut chipsmore dari kuih-kuih raya. Lagi banyak minum teh bunga dari air sirap.

Lagi banyak bercerita pasal Sosilawati dari  bercerita pasal kemalangan-kemalangan ngeri dan juga kisah politik.

24 Sep

Sorry Arthurs, im just not into you anymore. Killkenny just awesome to replace you. Not onle he killkenny, he also even kill me.

Cheers, Burppp and Smile.

Wednesday, September 22

Pagi Isnin

Macam pagi-pagi yang lain, aku buat kerja macam biasa. Berjumpa dengan manusia-manusia. Ada yang nak bagi kerja, ada yang nak bagi duit, yang ramai aku jumpa; yang nak bagi susah. Cuma pagi itu aku sedikit gembira, rentetan keseronokan malam sebelumnya yang masih bersisa.

Sampailah aku berjumpa dengan seorang pegawai. Lelaki. Pangkatnya tak tinggi manapun, saja bagi nama pegawai, biar sedap sikit bunyi bacanya. Mukanya masam, senyumnya tiada, cakapnya kasar. Aku layankan, dalam sepuluh orang yang aku jumpa atau akan jumpa, tak mungkin semua perangainya sama. Takkan tak ada yang punya senyum manis dan semangat 1Malaysia.

"Jum ikut aku" arahan dari dia untuk aku setelah 30 minit aku menunggu.

Sampai kubikel dia, terus aku tahu kenapa dia bermasam muka. Dia bermasam muka dan aku sedikit gembira pada pagi itu adalah atas sebab yang sama. Aku tumpang simpati.

Selesai segala urusan, aku cuba kembalikan keyakinan dia dengan mengatakan musim kali ini mungkin musimnya.

As a typical Liverpool fan, he believe it.

Wednesday, September 8

Pfftt...

Ni nak pesan sikit. Siapa-siapa yang bawak kereta, sambil memandu tu jangan ingat sangat dekat  orang yang tersayang. Bukan apa, takut nanti jasad ada lagi dekat belakang stering, tapi kepala hotak tengah angau terbayang orang yang kau sayang. Kan bahaya tu. Papan tanda gambar tengkorak tepi jalan tu pun nanti ada yang bertukar jadi gambar mak ayah kang. Bahaya tu.

Sambil-sambil drive tu, ingat kat tuhan lagi bagus. Kalau-kalau ada yang sesat nak balik kampung, ingatkan jalan sekali. Tahun depan tak payah sesat lagi.

Lagi satu, kalau boleh janganlah balik KL cepat sangat.

Cheers.

Tuesday, September 7

1431

Aku cuba untuk mengingat semula, dimana letaknya aku menjelang puasa 2-3 tahun lepas. Mengikut kira-kira, guna saja apa formula, pakai sempoa ataupun mesin kira, jawapanya mesti aku masih duduk di bangku universiti di ceruk Selatan Selangor. Sampai sekarang aku tertanya-tanya, apa betul atau tidak keputusan yang aku buat untuk bawak dan letakkan jasad aku disana. Okay, itu cerita lain.

1428
Susah nak ingat, apa gaya aku menyambut yang ini. Cuma kalau tak silap aku, ada program berbuka puasa dekat dalam taman. Makan dalam gelap, tangan atau mulut tercucuk tulang.

1429
Ok, there I am. Aku dah jumpa dimana aku menjelang puasa tahun itu. Rantai-Art 2008. Bersama dengan Lelaki Bohemian Serawak, sekitar Petaling Jaya. Menyambut malam Merdeka dan puasa sekali gus. Aku ingat lagi,  cabaran dari tuan Frontera untuk makan Red Savina aku hanya sahut dengan menjilat sedikit jari aku. Jari-jari yang telah membelek kiub-kiub kecil berwarna merah. Disaster. Siap kena bahan dengan tuan punya Frontera. "I thought Malay people can eat spicy spicy things"

Texting, laughing, talking, cursing and drinking sebelum enjoy Kokokaina dan juga Wani Ardi. Sumpah aku tak tipu, Wani malam tu macam bidadari, sekarang dah jadi bini.

1430
Kali ni sedang melalui fasa-fasa akhir untuk suatu zaman sebelum bermula zaman baru . Buat tempat kerja macam bapak aku ada share. Sebelum Sabtu pasti akan bersama-sama pegawai atasan menghabiskan waktu. Bersosial bersama bermain snooker. Tak berapa ingat aku sambut puasa macam mana, sebab macam tak rasa berpuasa pun. Tahu-tahu dah raya.


1431
Sebelum sampai puasa yang paling terbaru ni, aku sempat lagi duduk selesa atas sofa dalam bilik kecil yang sejuk dan bising. Bertukar-tukar suara, mengikut bait kata yang terpampang di atas kaca, di depan kami. Mabuk dengan dunia aku sendiri, Karma dari Cokelat ditujukan pada aku. Damn you, Karma.

Sempat juga melihat aksi Kelly Overton sehari sebelum puasa. Aku rasa seluar yang dia pakai tiru fesyen yang sentiasa dapat sambutan dekat Malaysia. So i think, they just purposely made it that way. So girls, kalau nak tayang lurah bontot dah tak susah sekarang ni, just make sure it look delicious, ok??

Phewwww...lucky me.

Dan awal-awal lagi gua dah pasang azam untuk puasa tahun ni.

Tiap-tiap pagi gua nak sahur.
Hehe, patut-patut tercapai ni.

1432
Moga.

Moga-moga.

Monday, September 6

Iklan Raya

Rakyat Malaysia sekarang dah pandai nak buat review-review iklan atau filem ni. Nasib baik arwah Yasmin Ahmad dah jadi arwah, kalau tak pening jugak dia nak direct iklan raya tahun ni aku rasa. Macam-macam unsur manusia boleh interpret sekarang ni.


P/s: Kalau tv3 main balik dia punya iklan lagi bagus.

Sunday, September 5

(12) Puasa 1431

Pelita a/l Panjut.

Bila bulan dilangit sudah hampir melengkapkan putarannya, jari di tangan sudah mengira berapa hari lagi raya akan tiba, mahu dikira berapa puasa, dah tak cukup jari banyaknya. Raya sudah mahu tiba, selamat tinggal puasa.

Aku: Memang meriah.

Disebabkan tradisi, pelita masih lagi dipasang hingga ke hari ini. Pada aku, masyarakat terdahulu menyalakan pelita, menghiaskan panjut sekeliling rumah untuk menerangi rumah mereka yang tidak ada bekalan elektrik. Mereka memasang pelita-pelita di keliling rumah untuk menyatakan keseronokan mereka untuk berhari raya. Tidaklah bergelap sahaja seperti hari-hari biasa yang mana hanya satu pelita untuk terangi seluruh isi rumah.

Ada juga yang kata, gunanya dahulu untuk menerangi jalan-jalan kampung. Memudahkan warga-warga kampung yang mahu ke masjid atau ke surau untuk beribadah di 10 yang terakhir. Aku tahu jalan-jalan kampung dulu gelap. Tak payah dulu, sekarang pun banyak lagi jalan-jalan kampung yang gelap. Jadi tujuan mereka, untuk terangkan jalan, terangkan kampung. Kalau tak, terkejut pulak kutu-kutu kaki lepak terserempak dengan makhluk berselubung putih di bulan puasa.

Aku: Apa relevannya.

Sekarang di felda-felda dan juga di ceruk-ceruk kampung, dah ada lampu jalan, dah ada lampu kelip-kelip, lampu neon, lampu kalimantang dan juga chandelliar serta lampu picit, kenapa masih ada lagi panjut pelita ni. Kerajaan tersayang dah bagi kemudahan, dari zaman LLN sampai sekarang zaman TNB , kenapa nak lagi berpelita?

Hanya kerana tradisi, sampai ke hari ini ia masih ada lagi. Sesetengah tempat, siap ada yang buat pertandingan. Biar besar-besar, baru nampak gah. Biar tinggi-tinggi, baru nampak meriah.

Satu yang aku nampak bagusnya benda ni, kerjasama penduduk sekampung. Tapi kalau setakat bekerjasama buat panjut setahun sekali, tak berapa nak praktikal jugak. Dan kalau ada aktiviti lain, macam mengawal keamanan kampung, atau gotong royong mahupun membbuat lemang beramai-ramai untuk sedekah anak yatim, lagi bagus aku rasa. Output yang keluar lagi bagus dari setakat melihat keindahan susunan-susunan api kecil.

Pesan pakcik-pakcik, ini tradisi kita, kita harus kekalkan. Kalau tak dijaga adat budaya kita, siapa lagi nak jaga.

Biar mati anak, jangan mati adat. Kan?


Aku: Tak jumpa lagi yang bertanya, mereka itu sambut Deepavali atau Hari Raya.


p/s: Dah jumpa kenapa anak ramai yang kena buang?

Wednesday, September 1

Big Sigh

I like it noks.

Hitam Putih

Nah,  gua malas nak selongkar lebih-lebih. Ambik gambar ni sudah. Gambar ni gambar hitam putih, bukan hitam-hitam, baik lu orang tengok betul-betul, tak pun salahkan monitor masing-masing kalau yang keluar hanyalah kotak hitam semata-mata. Jangan sesekali cuba salahkan model. Ok?


Merokok membahayakan kesihatan- Amaran kerajaan langit.


 " Saya berharap gambar ini akan diterima untuk pertandingan ini, tak kena reject dari pihak juri. Biarpun gambar macam ni tak berapa ngam sangat dengan kempen-kempen kerajaan sekarang ni, saya tak peduli, saya akan tetap mempertaruhkannya. Dikesempatan ini juga ingin saya  mengucapkaan ribuan terima kasih kepada Gabooka yang akhirnya berjaya juga menghasilkan gambar seperti ini setelah berbatang-batang Marlboro saya terkorban untuk dijadikan model."- Gua .


Ok. Gambar dah upload, siap ada description lagi, blog gua dah follow, banner pun gua dah pacak hensem-hensem dekat sebelah. Now come to the hardest part.
Siapa yang gua nak tag ni? 

Gua tag lu balik boleh tak Syam? Yang masuk pun dah ramai sangat ni gua tengok, nanti lu pun susah nak pilih pemenang, gua pulak lagilah susah nak menang.

Tapi  kalau agak-agak susah sangat lu nak pilih sapa yang patut menang, lu pilih je gua,  gua gerenti masyarakat setempat takkan pandang serong.

Perang

Gua punya mortar, bom tangan, peluru hidup, pisau banet, pistol air, AK 47, senapang gajah, lastik kayu pokok jambu, semua dah ready, semua gua dah hantar servis. Buku pasal strategi-strategi pun gua dah khatam, kalau esok boleh apply dalam dua tiga jenis strategi pun dah cukup ngam. 

Sekarang ni tinggal tunggu pagi, semboyan berbunyi je, gua nak masuk medan perang. Lawan gua, gua tak tau siapa. Dia main pakai petik gua je, gua pun esok main pakai hadap, pakai redah je la. Janji gua punya preparation dah cukup cun.

Jangan esok gua terlupa nak baca Bismillah sudah.

Putih Hitam

Cis, lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.

Ibarat mengalamai pra matang ejakulasi bila otak rewind balik filem-filem lama.

Tuesday, August 31

Rindu

Bangun pagi. Atau tengah hari. Terus hirup kopi.

Sekejap saja lagi. Sekejap.

Kisah Benar (1)

Parking dekat mana?? belum sempat Abu duduk, Daud sudah bertanya kepadanya. Dekat rumah kau, sambil menunjuk kepada Hashim, jawab Abu sambil menarik kerusi. Terus datang kepadanya pelayan dari India, bertanyakan makan dan minum. Sekarang nak cari parking pun susah, mengumam sendirian si Daud. Hashim dan Ali turut menambah minuman, mereka tahu mereka akan lama lagi di tempat itu. 

Tempat yang tersisip banyak memori. Tempat menghabiskan masa bersama-sama tak kira masa, boleh jadi sebelum, semasa ataupun selepas waktu sekolah. Disitu mereka duduk menyaksikan perlawanan piala dunia, berjudi kecil-kecilan. Tempat pertemuan mereka sebelum dan selepas untuk segala aktiviti. Kini selepas 7 tahun, mereka sekali lagi di situ.
Dengan bontot beralaskan kerusi plastik, dipisahkan tiap sisi meja plastik, mereka duduk berempat, berbumbungkan langit malam yang diterangi cahaya bulan, cuaca sejuk, angin bertiup shadu dan bintang tidak kelihatan. Sambil membakar rokok, Daud bersuara, mengatakan bertapa sesaknya kawasan itu sekarang. Bontot ke bontot. Tak pernah sunyi. Berlapis-lapis, berhimpit-himpit. Mereka sekarang berada di tengah kesesakan. Kawan yang bertiga tidak dapat tidak, turut bersetuju dengan kata-kata Daud.

Kata-kata Daud ibarat percikan api ke dalam telaga minyak. Terus bersemarak mereka bercerita, mengungkit cerita lama. 

Terus mereka berempat patah balik ke tahun 2002. Tahun yang mengujakan mereka berempat. Melalui zaman keseronokan mengambil SPM, yang mana jarang-jarang orang mengalami keseronokannya kecuali sesudah berjaya keputusannya. 

Mereka berempat memenuhi perut kereta buatan tempatan yang dipandu perlahan, dipandu oleh tuan punya kereta, Abu. Kereta yang berjaya dipinjam dari abangnya dengan dia kena membasuh kereta tersebut sebagai syaratnya. Perlahan mereka meninggalkan Damansara, menuju ke ibu kota sebelum menyusur ke Jalan Gombak menuju ke Danau Kota. 

Mereka ketika itu kepenatan. Malam sudah menganjak Subuh. Sempat juga Abu mempersoalkan tentang minyak kereta, Ali memberitahu Abu ianya akan dibahagi sama rata. Tak perlu risau, tenang riak Ali yang duduk disebelah Abu sebagai penunjuk jalan. Pengunaan perkataan tong tong dan torek ramai-ramai sangat sinonim dengan mereka ketika itu.  Daud dan Hashim yang duduk dibelakang membincangkan tentang kasut,  kelab malam, perempuan dan juga masa depan. 

Tiba-tiba Abu bersuara, menyatakan bertapa indahnya hidup dia andai benda yang mereka lawati tadi ada di sekitar daerah mereka, daerah Gombak. Membuatkan rakanya yang lain terdiam sejenak. Cuba bayangkan, belakang Pejabat Pos ni nanti ada panggung wayang, Daud menambah. Sebelah Pasar Gombak ada area Bukit Bintang, Hashim pun sibuk nak mencelah. Dekat Danau Kota, ada Jalan Pinang, ada Jalan P Ramlee, Ali juga tak nak ketinggalan. Jalan Gombak jadi trek macam Jalan Tar.  Batu Caves jadi Taman Tema Batu Caves, ada roller coaster dan juga flying carpet. Idea Ong Tai Kim jadi KLCC paling melampau.

Bersahut-sahut harapan mereka berempat, mengimpikan segalanya-galanya ada di Gombak. Tempat mereka bersekolah dan membesar. Tak perlu berlama di atas jalan raya, tak perlu membazir wang petrol dan juga tol. Tidak perlukan duit parking dan 3 batang rokok (mungkin lebih) untuk sampai ke destinasi. Tak perlu hingga Subuh untuk mereka kembali mendapatkan bantal dan tilam. Tak payah lalu road block. Paling penting, mereka tak perlu sesat.

Sambil projektor menebak layar putih menayangkan filem dari HBO, mungkin masih lagi layar putih yang sama sejak 8 tahun lepas, mereka berempat masih lagi bercerita. Segala harapan dan cita-cita yang mereka inginkan untuk Gombak dahulu  di ungkit satu persatu. Dan mereka sepatutnya gembira, separuh darinya sudah menjadi realiti.

Dari tempat mereka duduk sekarang, ke panggung wayang hanya 5 minit memandu, sudah boleh ke rumah urut berjalan kaki, selang beberapa pintu sudah ada pusat karoke, snooker centre dan kedai kuda memang merata. Mahukan alkohol, kedai cina sentiasa ada. Up town yang mereka teroka hingga ke Damansara dulu kini di depan mata mereka.

Dan sekarang mereka berempat tak putus-putus menyatakan rasa sesal, rasa semak, rasa rimas dengan semua yang mereka impikan, kecuali satu.

Perempuan-perempuan seksi yang tidak pernah menghampakan. Seksi yang seksi mahupun seksi yang sinikal. Mereka berempat tetap sukakannya. 

Pertemuan mereka malam itu berakhir ketika peniaga-peniaga Up Town sudah mula bersahur, ketika malam sudah menginjak subuh.


p/s: Nama-nama watak dalam cerita hanyalah nama samaran.



Monday, August 30

(11) Puasa 1431

Pembahagian malam


10 malam pertama.
Tok Siak: "Anak-anak, sila sembahyang di luar. Kawasan dalam untuk bapak-bapak dan orang dewasa. Jangan buat bising, jangan main-main. Ibu bapa kita minta untuk jaga anak-anak ya, jangan biarkan mereka buat bising."


10 malam kedua.
Tok Siak: "Anak-anak, jangan buat bising, marilah masuk dalam sikit, tapi sembahyang dekat belakang-beakang, dekat tempat yang disediakan. Ibu ibu, bapa bapa, sila awasi anak-anak"


10 malam ketiga
Tok Siak: "Anak-anak, mari lah penuhkan saf ni, banyak lagi ruang kosong dekat dalam, janji jangan buat bising, lepas sembahyang kita makan moreh"

Malaysia ohtanahairku.

Cerita "makhluk asing" masuk surau memang hot sekarang ni. Kalau dekat rtm, selang sejam keluar, kalau dekat paper, selang satu muka surat ada. Semua mesti ada selit menimbulkan kemurkaan Sultan. Sebab sultan tak bagi surau-surau, masjid-masjid jadi tempat politik.Sultan kan ketua agama. Pfft....

****

Bila baca surat-surat khabar yang dilempar ke pintu pagar rumah aku tiap -tiap pagi, oleh si Auntie Siew, seorang nyonya penghantar surat khabar, bini kepada Ganesh lelaki India si pengedar surat khabar, aku akan letak diri aku pada suatu sudut yang mana apa saja yang aku mahu katakan,  akan ada dalam sisip-sisip surat khabar tersebut.

Kalau aku mahu kata, dia mencemar agama Islam, aku akan tulis dia caci agama Islam.
Kalau aku mahu kata, kita tidak ambik remeh, aku akan tulis kita tak pandang ringan.
Kalau aku mahu kata, mereka pentingkan Cina dari Sultan, aku akan tulis mereka lupakan Sultan dan doakan Cina.
Kalau aku mahu kata, aku prihatin, aku akan tulis segala masalah akan aku selesaikan.
Kalau aku mahu kata hak semua bangsa sama adil sama saksama, aku akan tulis itulah dia cantiknya 1Malaysia.

Aku akan letak diri aku pada sudut itu.
Orang tua-tua kata, kalau kau cerita benda yang sama, berulang-ulang, orang akan percaya juga akhirnya dengan cerita kau, biarpun cerita kau cerita tipu.


Bila baca pulak surat khabar yang dilempar ke pintu pagar rumah aku seminggu dua kali, bersama-sama dengan surat khabar lazim setiap hari, oleh si Auntie Siew, seorang nyonya penghantar surat khabar, bini kepada Ganesh lelaki India si pengedar surat khabar, aku akan letak  diri aku pada suatu sudut yang mana apa saja yang aku mahu katakan,  akan ada dalam sisip-sisip surat khabar tersebut.

Kalau aku mahu kata dia penipu, aku akan tulis segala putar belitnya, segala kenyataannya, segala sisi gelapnya.
Kalau aku mahu kata dia korup, aku akan tulis aku punya bukti, aku punya dokumen, aku punya saksi, aku punya segalanya hanya tunggu untuk dia diheret ke mahkamah.
Kalau aku mahu kata kita tiada duit, kerajaan persekutuan dah sekat royalti, bajet tak diberi, JKKK ditukar ganti.
Kalau aku mahu kata aku tak salah, aku akan tulis, kerajaan dulu yang punya kerja, aku sekarang hanya mahu memperbaiki
Kalau aku mahu kata, kerajaan mereka tidak sah, akan aku katakan mahkamah tak keluarkan keputusan lagi, rampasan kuasa melulu, tak ikut prosedur.

Aku akan letak diri aku pada sudut itu.
Orang cina kata, mulut mesti suap nasi baru berak jadi tahi, jangan suap mulut dengan tahi, berharap berak keluar nasi. Tak jadi.

Sama macam baca blog, jangan percaya 100 peratus apa yang surat khabar tulis. Tak kisah baris mana, baris kiri atau baris kanan duduk akhbarnya, nanti bila timbang kilo, bersekedudukan jugak.


p/s: Ini blog aku, jadi tolonglah percaya dengan segala cerita-cerita aku. - Just being sarcastic for those who are dumb enough.

Trespassing

Cerita politik di Malaysia akan menenggelamkan isu-isu semasa seperti kes buang bayi dan juga kes main bakar-bakar di Indonesia. Paling top rated sekarang ni, cerita pasal trespassing surau. 

Dengan tidak menutup aurat, berhadas besar, tidak menghormati surau dan masjid, siap bagi "tazkirah", maka Islam Melayu di Malaysia mulalah naik cenggeng. Sekarang bayangkan kalau tempat Cina tadi tu diambil oleh Rosmah. Kenalkan Rosmah yang mana?

Ini yang aku nampak.

Yang kafir, biarpun pakai tudung semata-mata nak masuk masjid; Dia tetap kafir, dia tak wajib pakai tudung, dan dia nak masuk masjid pun tak haram.

Yang muslimah masuk masjid dan tak pakai tudung; Dia tetap muslimah, tutup aurat tetap wajib, tak kira dekat luar atau dalam masjid.

Tapi aku hairan jugak, kalau nak buat dekat luar pun boleh je kut.



Saturday, August 28

Hari Kebangsaan yang ke ??

Serius lupa, kena buat kira-kira dulu. 2010-1957 dapat 53. Ok, hari kebangsaan yang ke 53.

Yeay........Merdeka!!

Pergi sini--->10tahun, baca. Dari 2008 dah ada, tapi tak ramai yang jumpa.

Lepas ni jangan cliche sangat bila reporter tanya macam mana nak menghayati kemerdekaan kita ni. Kita hayati merdeka gaya kita sudah. Gaya orang muda. Perit jerih orang lalu, kita tak payah rasa, tak payah sibuk nak kenang, kita pun tak lahir lagi time diorang makan ubi rebus cicah dengan garam.

Kita cari perit jerih kita sendiri, baru thrill. Baru boleh belagak dengan cucu cicit nanti, kita ada modal sendiri. Amacam, ngam??

Malam di Kotaraya

Macam pergi padang pasir, banyak gila camel toe.

Teruja I tau!!

Friday, August 27

Tag

Damn, aku ingatkan menatang tag ni dah pupus.

Pasrah.

Thursday, August 26

(10) Puasa 1431

Mercun

Orang Negeri Sembilan panggil mocun. Orang kampung aku panggil firecrackers. Jelaskan, kampung aku bukan dekat Negeri Sembilan. 

Ok, balik cerita asal.

Setiap kali lagu raya keluar dekat radio, tiap kali tu jugak la berita pasal  putus jari, hilang telinga, buta mata, keluar dekat paper. Tak kira la dekat muka depan ke, dekat sebelah iklan courts mammoth ke, dekat belah belakang salam perantau ke, mesti ada cerita pasal terbakar kaki, kemaluan melecur, rumah terbakar, cerita paling kelakar, mercun roket masuk kain jemaah surau yang tengah sujud sembahyang terawih. Aku tak boleh nak anggap kelakar sebenarnya, tapi tiap kali aku bayangkan, mesti aku gelak.

Sejak alaf baru ni, tahun ni aku rasa paling buat rekod. Lepas berbelas tahun kilang haram mercun dekat sungai buluh dulu meletup, kali ni gudang dekat terengganu pulak yang meletup. Sampai melambung budak tersangkut dekat pokok. Tak taubat lagi bapaknya, tak tahulah nak kata apa. 

Entah-entah, ada yang buat rekod baru sehari dua lagi.

Mana datang mercun, tak payah tanya. Tak payah susah fikir-fikir macam mana boleh ada jual kat tepi-tepi jalan. Cari pakcik-pakcik, abang-abang yang polis. Mesti boleh dapat. Paling-paling susahpun, kena pegi tokong cina, beli dekat sami. Memang stail dia punya mercun, mercun mancis yang besar tu zaman sekolah rendah lagi aku dah main. Kalau area-area Kelantan, diorang baling je dari sempadan, dah sampai. Tak payah pakai pos laju, nak kena tunggu tiga hari baru sampai, lambat.

Tiap-tiap tahun aku balik kampung, mesti aku jeles dengan orang rumah depan, penuh satu bonet mercun dia bawak balik. Boleh tahan sampai dua tiga malam. Jiran depan umah dia pun tengokkan je la. Layan sama-sama. Kadang-kadang merasa jugak barang sedekah. Seronok sama-sama. Besar kecik tak kira, mesti terkinja, terpegun. Lebih-lebih lagi kalau mercun KLCC, tu yang paling famous tahun lepas. Mercun Osama dengan mercun bateri pun rare jugak. 

 Owh, "dia" yang bawak balik mercun satu bonet tu pakai lencana "Integriti Amalan Kita" ;)

Waktu puncak tahun ni akan sampai tak lama lagi, time tu telinga memang bingit, malam memang terang. Kalau ada anak kecil, tak payahlah nak tidurkan awal-awal. Kalau dah siap berlawan-lawan dengan orang kampung sebelah. Bersahutan pulak dengan segala jenis meriam, meriam buluh, meriam tanah, paling tak boleh blah, meriam katak. Lagi nak letak budak dalam buai. 

Babi dekat kampung aku pun macam kena curfew.

Cuma yang kadang terheran, tiap kali Cina raya dekat malaysia ni, mercun berbunyi jugak. Lagu Gong Xi Kong ada je dekat radio. Tapi kenapa berita-berita eksiden mercun ni macam tak sensasi langsung. Kalau reporter tak ambik port, diorang nak ambik apa? Takkan keluar dekat Nan Yang Siang Pau, tapi Utusan tak cover, tak berapa nak satu Malaysia la kan??

Kalau-kalau geng Ian Wright atau Anthony Bourdain datang ke Malaysia untuk meraikan hari raya tetapi kemudian terpaksa bertanya, "Are we celebrating Hari Raya or Chinese New Year, mate??"  Siapa nak jawab? Soalan Pak Arab itu hari pun tak terjawab lagi. Dah la ada mercun, beer pun banyak, tak ke confuse nanti?

Ditanya macam mana nak bendung, tak terbendung aku rasa. Yang menjual akan sentiasa menjual. Kalau dia tak jual, orang lain pasti akan ada jual. Kena rampas, yang merampas pun jual balik. Semua cari duit nak raya. Semua nak kaya. Semua.

Kepada mak-mak dan bapak-bapak, sila main mercun sekali bersama dengan anak-anak tercinta. Jangan harap orang lain nak jaga anak kau. Orang lain tu sibuk nak jaga mercun!!


 p/s: Kalau la stor tempat menyimpan mercun meletup dan boleh didengar hingga 4km, serta boleh melambungkan seorang budak, tertanya juga aku berapa jauh bom untuk menghancurkan seorang Mongolia boleh kedengaran.


Wednesday, August 25

Sempena Bulan Merdeka.

Kalau siapa-siapa ada lubang, ada cara, ada idea macam mana nak eksport barang ke luar negara, tolong cerita kat aku.

Aku ingat nak eksport bendera malaysia pergi ke indonesia. Dengar cerita permintaan tengah tinggi dekat sana. Lagi tinggi dari malaysia.

p/s: tolong jana ekonomi negara jugak bai.

Pelakun

 Ketawa kecil sambil geleng kepala bila baca berita ni.

Eternity

 Aku mahu gunakan warna-warna hidup aku ke atas kanvas aku sendiri, bukan untuk menumpang atas kanvas dia, atas kanvas kamu, atas kanvas mereka, atas kanvas siapa-siapa sahaja, yang kemudiannya boleh di padam, di buang, di ganti, di koyak bila segala corak atau contengan aku sudah tak bermakna lagi, sudah tidak diperlukan lagi atau sudah tidak relevan lagi. 

Kanvas untuk diabadikan. Aku mahu kanvas aku sendiri. 

Tuesday, August 24

(9) Puasa 1431

Lampu Lip Lap Lip Lap

"Why all this people turn on their Christmas light? Its not even December yet!!"

Benda yang dibincangkan oleh dua orang pak arab yang melintas rumah aku sambil aku tengah rilek-rilek hisap rokok lepas buka semalam.

Sapa nak jawab tu?

I Have A Dream

Kita bernafas hari ini, untuk mengharapkan hari esok.

Semua orang ada impian, ada matlamat, ada harapan. Mungkin satu, dua, tiga atau berapa sekali pun, yang penting ada. Ada sesuatu yang di inginkan, sesuatu untuk dikejarkan. Sesuatu yang akan berada disitu dalam kita semakin menghampirinya. Boleh jadi dalam apa bentuk sekalipun. Dalam bentuk material ataupun spiritual, yang penting realistik, dan bila ianya memang sesuatu yang realistik, kita pasti mahu ianya jadi realiti.

Bila aku buat revisi balik, apa yang aku mahu, apa yang aku nak, apa matlamat aku, aku terkejut, (buat-buat terkejut). Banyak. Aku kena rujuk balik pada kata-kata Homer; "All my life I've had one dream, to achieve my many goals". Satu impian untuk melunaskan segala matlamat. Semua orang impikan yang macam itu kan?

Herm... Except for one. A goal which I shared with some one else. That, I don't want to achieve it. But sometimes I wish that I already accomplished it and then wonder what people will call me; "Master in Reformatting Brain??" Perhaps.

And I have a life to live.

Monday, August 23

(8) Puasa 1431

Bazar Ramadhan 2

Semalam gua dapat assignment kena pergi bazar ramadhan. Gua punya ketua chef merajuk, malas lagi tepat, tak nak masak banyak-banyak.Tak apa, gua paham.

Disebabkan gua rakyat malaysia, makanan berbuka gua mesti banyak. Gua tak nak makan hanya nasi dengan kari kepala ikan waktu berbuka, sungguh tak rakyat malaysia la kalau tak mempelbagaikan juadah berbuka puasa, tak mempelbagaikan jenis air minuman. Kurma kena pakai usup taiyob, ikut trend semasa itu wajib. Inikan Malaysia.

Sebelum aku mula mengharungi sesak manusia, aku dah buat mind set. Aku nak cari ayam dalam sekor dua, murtabak singapore kalau boleh dalam 2-3 keping. Air tebu dua tiga baldi. 
Kalau ada puding caramel, gua nak try, gua tengok ramai sangat yang tekan butang "like"  bila ada yang post pasal puding caramel ni kat dalam facebook. Gua hairan sungguh, roti john memang dah tak famous ke sekarang ni??
Duit dah tukar siap-siap. Senang, tak payah nak tunggu makcik-pakcik tu pergi kedai sebelah tukarkan duit nanti. 

Masuk je bazar, ayam togel dah tertonggeng dicucuk besi dipanggang api. Pasang niat, balik nanti baru beli. Jalan depan lagi sikit, jumpa air tebu. Visual warna pada air tebu tu tak dapat tekan butang "like" dalam badan aku. 

Jumpa puding caramel, yang jual makwe seksi. Sekali imbas aku dah tau, rasanya mesti manis. Benda manis memang sedap dan manis. Tak macam yang menjual, biarpun punya ketiak bebas bulu, tapi ianya berdaki. Maaf, dia tunjukkan pada saya. 

Kedai lain pulak jual air tebu, satu jag 4 ringgit. Tak berbaloi, tak beli. Murtabak singapore tak jumpa, yang ada murtabak Pak Din. Macam tak berapa nak puas, kecik, bancuh intinya macam bawang berayam atau bawang berdaging.

Aku pusing bazar tu dua kali. Nicht. Tak ada satu pun. 

Sebelum balik, pergi balik ke kedai ayam mula-mula tadi, niat nak ratah macam primitif lepas baca doa berbuka nanti.. Sempat la jugak tengok mak ayam tu handle dia punya ayam-ayam. Dia bawak keluar ayam dari dalam bekas kedap panas. Dia pegang ayam togel tadi. Dia potong setengah. Kemudian dia bungkus dengan kertas pembungkus. Semua itu tadi dia buat dengan besarung tangan. Sarung tangan jenis kain yang orang buat pergi berkebun. Kulit ayam black pepper yang dipotongnya pun tak sehitam sarung tangan yang dia pakai (yang asalnya putih).

Aku masuk kereta dengan tangan kosong. Cuba selesaikan tugas, pergi ke bazar lain.

Sama,yang aku bawak keluar hanyalah sebiji tembikai. Boleh buat jus sendiri. My own juice, perfect!

Memang aku menyesal masuk bazar lepas pukul 4. Buang masa aku pergi tukar duit. Lagi menyesal kalau bukan satu, tapi dua bazar.



Sunday, August 22

(7) Puasa 1431

Bangun Sahur.

Bagi gua, part ni sebenarnya paling mencabar. Part nak bangunkan gua dari tidur pulak satu cabaran. Kalau tengah couple boleh bawak clash, kalau dah kahwin kesian dekat bini, kalau dah ada anak sampai ke siang la menangis, kalau rumah terbakar.... ok, gua belum kahwin, tak ada anak lagi dan rumah gua belum pernah terbakar. Balik cerita asal. Sahur ni la pun beza puasa kita dengan puasa ahli kitab.

Sambil gua rilek-rilek lepas buka puasa, gua bukak tv, nak layan berita. Ada pulak cerita pasal bangun sahur dekat Sabah. Ramai la orang kampung keluar rumah pagi-pagi buta, ada yang main kompang, main gitar menyanyi siap bagai. Ya, ada lagunya sendiri. Memang macam parade. Siap pakai baju melayu dengan samping. Macam nak pergi sembahyang raya. Makcik-makcik pun ramai yang join, siap pakai mekap. Sungguh berwarna warni. Lepas tu makan ramai-ramai dekat balai raya. Makan buffet!

Kalau dekat kampung gua, lagi sepuluh malam nak raya baru keluar tukang kejutnya. Kadang-kadang bersahut-sahut dengan tukang kejut dari kampung sebelah. Sampai cerah hari pun kadang-kadang tak habis lagi. Kalau dah sibuk letak kabaid dalam buluh, entahkan sahur, entahkan tidak tukang kejutnya. 

Dekat KL, mat rempit tukang kejutnya. Lagi beruntung kalau rumah dekat dengan uptown, downtown, town-town semua ni. Rumah tepi highway,kira bonus.

Kalau ada lagi, nanti kita cerita lain.Gua nak sahur.