Wednesday, September 22

Pagi Isnin

Macam pagi-pagi yang lain, aku buat kerja macam biasa. Berjumpa dengan manusia-manusia. Ada yang nak bagi kerja, ada yang nak bagi duit, yang ramai aku jumpa; yang nak bagi susah. Cuma pagi itu aku sedikit gembira, rentetan keseronokan malam sebelumnya yang masih bersisa.

Sampailah aku berjumpa dengan seorang pegawai. Lelaki. Pangkatnya tak tinggi manapun, saja bagi nama pegawai, biar sedap sikit bunyi bacanya. Mukanya masam, senyumnya tiada, cakapnya kasar. Aku layankan, dalam sepuluh orang yang aku jumpa atau akan jumpa, tak mungkin semua perangainya sama. Takkan tak ada yang punya senyum manis dan semangat 1Malaysia.

"Jum ikut aku" arahan dari dia untuk aku setelah 30 minit aku menunggu.

Sampai kubikel dia, terus aku tahu kenapa dia bermasam muka. Dia bermasam muka dan aku sedikit gembira pada pagi itu adalah atas sebab yang sama. Aku tumpang simpati.

Selesai segala urusan, aku cuba kembalikan keyakinan dia dengan mengatakan musim kali ini mungkin musimnya.

As a typical Liverpool fan, he believe it.