Bila dapat duduk semeja dengan lelaki cina yang datang dari golongan umur yang berbeza dengan aku, aku akan tanya dan perkatakan banyak benda. Dari hal-hal yang berhubung kait dengan perniagaan hinggalah ke perihal gadis-gadis Thailand di Danok.
Aku lagi senang panggil dia Gan, tak cukup formal lagi untuk panggil dia Incik Gan dekat kedai kopi. Jarang dapat duduk semeja dengan dia, tapi tiap kali duduk semeja dekat mamak, mesti belanja aku Marlboro, dia sendiri suka Mild Seven. Tapi kalau dekat kedai cina, aku tak nak dia belanja apa-apa. Takut jadi rasuahatau termakan budi pulak nanti.
Semalam atas urusan perniagaan, aku dan Gan lepak semeja. Hanya untuk bertukar cek yang mengambil masa tak sampai sepuluh minit, tapi akhirnya, aku dan dia bangun keluar dari selepas 3 jam. Banyak benda yang keluar dari mulutnya (beserta percikan air liurnya). Tentang beza sikap Melayu dan sikap Cina. Tentang kemudahan kita dan dia. Tentang modal berniaga dia dan aku. Tentang bapak dia dan juga bapak aku. Sampai satu bahagian, dia bercerita tentang poket-poketnya.
"Kita lelaki arr, mesti ada banyak poket maa.....saya sendiri aaa...mesti ada dekat-dekat sepuluh poket mau jaga. Tiap-tiap bulan woo!!".
"Ini apa poket U cerita Gan, U jaga u punya poket jangan kasi koyak cukup maa, tak susah punya kerja"
"U sekarang belum kahwin, U jaga U punya poket sendiri lor.. That moment U kahwin arr, U mesti jaga U punya bini punya poket, itu nanti dapat anak lagi, U punya anak punya poket. Lu punya ma, lu punya apak lagi. Itu semua poket U mesti jaga maa." Aku ingat lagi, waktu dia cakap line ni semalam, banyak gila air liur dia besembur-sembur.
"Itu mau jaga perut maa, bukan poket." bidas aku dalam nada tak berapa nak yakin.
"Bukan perut saja maa u kena jaga, itu anak kalau sakit kepala, u mau jaga perut jugak ka?. Kalau u punya bini mau angkat kasut baru, u jaga perut jugak ka?? Itu macam punya poket la. Itu tiap-tiap poket arr... lain-lain maa dia punya buku kira. Akaun mesti ada banyak, mesti ada isi sekali." jawab dia balik dengan penuh kayakinan. Aku angguk-angguk tanda mula nak paham.
"Tapi apa pasal u punya poket tiap-tiap bulan sangat banyak Gan."
"Saya Cina maa.." pengakuan yang tak perlu dinyatakan lagi, tapi dinyatakan dengan penuh bangga.
"U kira aa, saya sendiri punya poket, saya punya bini, saya punya anak lagi. Itu saja sudah tiga maa. Lagi itu lancau-lancau punya bil, kereta rumah sudah lagi satu poket. Saya punya ama, sama apak satu poket. Itu saja sudah berapa you kira??
"Baru lima" jawab aku sambil tunjuk tapak tangan tunjuk dekat dia.
"Amoi saya punya poket pun mesti ada ma.... 6d punya poket pun mesti ada tiap-tiap bulan-bulan maa."
"Wahh... lu pun judi punya tahi ka Gan?"
"Bukan tahi maa... itu rejeki arr... Allah yang bagi maa." Persis Ustaz Kazim dalam facebook bagi ceramah dia bercerita dekat aku. "Wa ar, tiap-tiap minggu, mesti mau kasi spend sepuluh ringgit beli itu nombor. Satu tahun u kira, berapa wa punya modal?"
"520 ringgit"
"Baru 520 ringgit lu tau, satu kali kena aaa... wa jutawan woo. Itu cerita jackpot lorr... semua nombor u kasi hantam kena. U dapat itu sagu hati pun sudah cukup maaaa... u punya modal untuk satu tahun sudah dapat balik, lu tak beli itu nombor arr... lu tak keluar itu sepuluh ringgit, apa macam rejeki mau masuk. Apa macam Allah mau tolong?.
Terdiam aku lepas tu. Kena ceramah dengan orang bukan Islam. Tapi bila pikir-pikir balik, dia bagi contoh seminggu 10 ringgit. Seminggu ada 3 kali draw tak silap aku. Kalau dah nama kaki, takkan nak beli seminggu sekali je kan. Kurang-kurang seminggu dua kali, dan pengalaman aku berkawan dengan remaja-remaja melayu yang suka beli nombor (nanti cerita lain), sepuluh ringgit untuk sekali membeli memang tak pernah cukup.