Sunday, July 11

Entri untuk bulan ini - Bulan Juli

Hell yeah!!

Jun yang panjang untuk aku biarpun 2010 sangat laju. Sudah tiba Juli dan tiada yang istimewa dari aku. Langsung tiada. Huh.

Aku jarang menulis, tapi aku selalu membaca. They call it blog walking, blog hoping or what so ever they called it, (just dont care) but i just keep doing it. Dari satu blog ke blog yang lain, dan terus ke blog-blog yang lain sampai mata aku tak boleh nak membaca.

And some of the blogger claim that they have a silent reader. Mungkin lebih, aku tak tahu. Tapi aku tahu, aku salah sorang darinya. To leave a comment?? Not in my option. To read the leave comments?? Aku lebih suka baca dan fikirkan sendiri.

Ada juga aku terjumpa blog-blog yang aku rasa sangatlah bersukatkan KBSR. Tapi tak apa, itulah gunanya blog, menulis tanpa perlu ada apa-apa spesifikasi macam LadyNoe cakap. Bezanya dia menulis sesuatu yang menarik untuk dibaca.

Dalam melompat atau berjalan atau apa sahaja kata mereka dari satu blog ke blog yang lain, satu yang aku perasan, blog yang ditulis oleh lelaki sangatlah kurang, nasib baik semua blogger lelaki di Sokernet rajin buat kerja. Mungkin kerana subjeknya bola dan diselang seli dengan wanita.

Cuba cari blog sang lelaki yang beria mahu bercerita tentang apa isi hatinya, tentang luahan perasaanya, tentang aktivitinya. Mungkin ada, tapi aku rasa tak lama. Cuba cari blog sang lelaki yang menulis tentang aktiviti harianya seperti pergi menonton wayang cerita Twilight bersama kawan-kawan kemudian lepak di Mcdonald sebelum berkonvoi beramai-ramai ke Danau Kota untuk membeli sandle Crocs dan jersi tiruan dan pulang kerumah sewa untuk bersahur bersama-sama untuk berpuasa sunat Rejab keesokan harinya. Ada??

Berbanding dengan wanita, cerita period pain pun boleh dijadikan modal. Inikan pula cerita mereka sehari-hari. Mungkin pada mereka blog ini ibarat diari yang boleh dibaca oleh semua orang, Mungkin.

Ahh... pesetankan.

Ok, lepas puas aku blog walking or hoping or jumping or para sailing, aku tergerak untuk menulis. Aku tak kata apa yang aku tulis lagi bagus dari Che Det, dari Mazidul, dari Lucius, dari AKAB, dari Pipiyapong, tapi banyak blog yang aku jumpa, aku rasa aku tak payah baca. Sebab ada satu alter ego dalam diri aku bagitahu yang tulisan aku adalah lagi bagus untuk dibaca dari kebanyakkan blog yang aku jumpa.

Jadi sebab itu untuk entri kali ni aku tulis panjang-panjang. Berapa lama boleh tahan untuk tulis panjang-panjang macam ni aku tak tahu. Aku perlukan subjek, topik atau tujuan untuk menulis. Andai tujuan aku menulis hanya untuk beritahu apa yang berlaku ke atas aku sehari-hari, haha, itu memang bukan aku. Jadi aku perlukan subjek atau topik untuk aku carutkan. "Pakej Celcom atau Digi - Yang mana hebat" pun sudah boleh untuk aku carut-carutkan. Mungkin lepas ni, setiap kali aku bangun tidur, aku akan fikirkan apa topik yang patut aku caci makikan. Mungkin.

Dan disebabkan oleh fenomena yang berlaku setiap empat tahun sekali bakal berakhir sekejap lagi, aku kena berhenti biarpun aku tak peduli yang mana satu jadi favourite bookie.

Cheers!