Thursday, July 22

East Coast Custom

Mencari escapism percuma.

Dan aku sekarang sama seperti budak berumur 8 tahun yang duduk di bawah pokok krismas bila tiba malam 25 Disember, budak yang berdebar tertanya-tanya apa benar Santa itu wujud. Apa benar Santa akan tunaikan permintaanya pada keesokan pagi. Apa benar Santa akan datang bersama rusa-rusanya.

Itu yang sama.

Yang beza pula, aku bukan lagi budak berumur 8 tahun dan aku sudah mula mengharap dari sekarang, ketika musim panas belum lagi berganti. Terlalu lambat untuk tunggu musim sejuk tiba. Santaku dan budak itu juga berbza. Dan aku harap santaku, United Direct akan dapat tunaikannya.