Wednesday, October 20

Sesi Soal Jawab Bergambar.

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup anda?


Tak ada Oksigen, kita tak hidup.

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit sendiri?
 8" x 8" x 90 pieces
 3. Dimanakah tempat anda ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?
Tema: Taman Tema Permainan.
 

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Boleh didapati di mana-mana kedai buku utama.

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
 Berapa lama ya??  
6. Novel/buku/majalah yang terakhir anda beli?

 Off the Edge dah makin susah nak jumpa.
7. Di manakah anda selalu berjumpa dengan kekasih anda?
Pastikan ianya kukuh tidak bergoyang.
8. Apakah nama penuh anda?

Bukan business card saya.

9. Antara mak dan ayah mana yang anda lebih mesra?
 Mesra lebih sesuai untuk Petronas, bukan aku.


10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda?
Orangnya sangatlah menghiburkan.

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Bukan no tel aku. Untuk maklumat lanjut, sila email.


12. Di manakah tempat yang betul-betul anda mahu pergi?
Luas rupanya muka bumi ni.

13. Pilih satu, peluk atau cium?
Maaf, gambar terpaksa ditapis.


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?

Kalau memasak, sepokok cili
Kalau bercakap, pedas berapi

15. 5 benda yang anda sayang sangat dalam hidup anda?
Gambar mengandungi empat daripada lima benda yang aku sayang sangat.

16. 5 lagu yang anda suka dengar?
Apa yang keluar, itu yang aku dengar.

17. Bilakah tarikh lahir anda dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?



Di atas meja yang belah kanan, kali terakhir makan berenam.
18. 5 orang blogger yang anda mahu tag


Tak bekenan

19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag
Tidak berkenaan.




Monday, October 18

Surat tunjuk sebab

Cungap-cungap Timbul ke dasar. Ambil nafas. Tarik dalam-dalam.

Cepat-cepat menyelam balik. Tenggelam lama-lama.

Oktober yang menjanjikan

Sejak dari sekitar Ogos, aku dah tunggu-tunggu akan Oktober. Terlalu banyak benda yang dijanjikan untuk Oktober tahun ni. Ada yang sudah ditunai, ada yang belum. Ada juga yang tengah dalam perjalanan.


Cerita Satu.
Cerita hal belanjawan. Jantung dup dap dup dap tunggu belanjawan keluar. Ramai yang kata silap-silap naik lagi. Nasib baik tak naik. Pak Najib memang pandai ambik hati. Kalau tak habis ayam daging telur tepung susu pampers semua ikut naik. Yang tak ikut naik rokok, sebab rokok dah naik sendiri.
Tapi kakitangan kerajaan ramai jugak yang ngomel tak dapat bonus. Kesian juga kalau-kalau anak ramai, sekolah nak bukak hujung tahun, duit tepi lebih 5 ratus, sekejap je tu. 

 Yang sebut pasal kadar tol tak naik dalam 5 tahun lagi memang buat aku senyum jugaklah. Tapikan, kalau semua lebuh raya upgrade jadi 3 lorong pun seronok jugak. Kalau tak dapat upgrade jadi 3 lorong pun, dapat tolong tampalkan lubang-lubang yang dah ada dekat lorong-lorong tu pun dah cukup sangat dah.

Lagi satu yang aku kagum, naik lagi sebiji pencakar langit dekat tengah-tengah Kuala Lumpur. Tepi sikit je dari Bukit Bintang. Shoulder to shoulder katanya. Bangunan pejabat sampai 100 tingkat. Cumanya, lepas aku congak-congak dalam kepala, dekat tengah KL banyak lagi aku nampak papan iklan ruang pejabat untuk disewa atau dijual. Jangan beerdiri megah tapi lepas tu berhantu sudah lah. Hantu penjara pudu dah tak ada rumah sekarang ni. Lagi satu, tolong pastikan tak roboh macam yang dekat Terengganu ya.

Cerita Dua.
Makan-makan. Tak cukup dengan Syawal yang dah luput, ada lagi yang extend sambut hari raya buat open house. Jemputan kenduri jangan cakap. Bertindih-tindih. Menu jamuan raya selang seli dengan lauk kenduri, bersesak-sesak dalam perut. Perut jangan cerita, dah jadi belapis-lapis.

Bila cerita pasal makan, teringat satu cerita. Sambil aku buat-buat bekerja dengan tukang kayu yang bekerja, dia bukak lagu dangdut, "Kena rilek-rilek sikit Mirul, orang Indonesia wajibnya dangdut, harus goyang-goyang, kalau orang Malaysia, wajibnya makan. Sekejap-sekejap makan, sampai pukul tiga pagi, makan lagi." Aku terus buat kerja. Betul betul.

Cerita Tiga.
Ikatan kasih. Ramai yang mengikat janji disimpul mati. Menyulam kasih suami isteri. Pilihan tarikh cantik sekali. Diatas pelamin cantik beseri. Wang hantaran tersusun rapi, total amountnya ikut sekali. Moga-moga sampai kemati.

Memang musim. Dalam kalendar, memang dah boleh agak waktu-waktu hit kenduri macam oktober tahun ni. November kurang sikit sebab ada raya haji. Naik Disember hit balik. Tahun depan punya kalendar, aku tak nampak lagi musim mengawan tu keluar kat mana. Kalau boleh buat kenduri luar musim. Senang aku nak datang. Jangan berebut tarikh, nak sewa dewan pun susah nanti.

Sempena tarikh baik baru-baru ni, sangatlah banyak jemputan. Satu pun aku tak jengah. Tak sempat. Antara janji-janji yang tak tertunai. Tak apa, kenduri kahwin aku nanti, kalau tak nak datang, aku tak berapa nak kisah sangat. Aku pun tak pasti lagi, aku datang ke tak kenduri kahwin aku nanti.

Cerita Empat.
Bila dijanjikan peluang, ianya sesuatu yang kita semua akan tunggu, bila ianya akan muncul. Tapi bila diberikan peluang, belum tentu kita telah bersedia untuk menyambarnya. Jadi, bila kita telah dijanjikan peluang, abaikan dahulu sama ada ianya akan menjadi pasti atau hanya akan menjadi fantasi, yakinkan diri, sambil menunggu, siap-siapkan diri. 

Peluang itu hanya pembuka kata menjengah gua. Masih ada lagi tembok tipis untuk dipecah dan juga usaha gigih diperlukan untuk menikmati keseronokan itu.

Cerita Lima
2010. Janji dari 2003 atau 2004. Sampai tahun lepas aku masih abaikan. Terasa diri sangatlah jahat, seperti seorang perompak, pembunuh, pemberi rasuah, dan juga pemakan harta anak yatim. Tapi untuk tahun ni tak tahu lagi, sebab dia punya cantik dekat kalendar 2010 lain macam sikit lah.

Cerita Enam.
Dalam sepuluh minggu lagi, dah nak masuk tahun baru. Yang ni aku janji aku tak tipu. Laju betul kan?

Tuesday, October 5

Susu

Apala agaknya rasa susu 1Malaysia nanti ya? 

Mungkin ada sedikit rasa bir, rasa todi dan juga rasa susu itu sendiri. Mungkin juga ada sedikit elemen tongkat ali dan juga herba-herba. 

Tapi jangan risau, Encik TPM kita dah cakap macam ni, "Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menyediakan garis panduan pengendalian susu sekolah bagi memastikan keselamatan, pengendalian dan kualiti bekalan susu yang dibekalkan mencapai piawaian yang ditetapkan".

Mak tak sabar noks nak hirup susu.

Monday, October 4

Bau

"Hurm... bau tipikal kereta jenis ni. Tiap-tiap kereta yang sama bangsa dengan kereta ni, mesti ada bau yang sama" Tutur aku sebaik saja bontot aku terletak kemas atas kerusi bersalut kulit dalam kereta buatan tempatan beliau. Terselit kemas di jari, gulungan kertas putih yang siap sedia untuk dibakar. 

Dua jam tambah tambah selepas itu.

"Hurm.... kuat gila bau" Ucap beliau sebaik sahaja masuk kedalam kereta selepas bergelen-gelen air manis dan kurang manis masuk kedalam pundi kencing. "Bau tipikal tadi ke? Soal aku balik. "Haah, tapi kali ni bau tipikal Snoop Dogg".

Oktoberfest 2010

Tiap-tiap tahun dekat Malaysia, masuk je bulan sepuluh, mesti ada yang bercakap pasal bahasa. Sebab bulan sepuluh bulan bahasa. Cuma tahun ni kurang sikit yang bercakap pasal bahasa. Mungkin aku yang tak jumpa, ataupun memang reporter malas nak cover cerita pasal bulan bahasa dekat Malaysia ni. Kalau ada pun yang aku jumpa, cuma berita yang ini sahaja.<-----

Ok,  ape yang Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka cakap tu ada betulnya. Memang laman sosial antara penyumbang terbesar ke arah menjahanamkan bahasa. Sejak dari zaman friendster lagi, di bawak ke zaman myspace, dan kini facebook serta twitter. Memang ini antara medium-medium yang paling senang dan mudah untuk menjahanamkan bahasa. Sekejap, imbas kebelakang lagi sikit, sejak zaman IRC lagi sebenarnya, ASL Pls....

Disebabkan dalam rumah yang lengkap dengan internet ni masih ada lagi yang berbaju putih dan berseluar hijau pada setiap pagi kecuali Sabtu dan Ahad, aku dapat lihat kesan-kesan yang mana kalau dibiarkan, boleh menjahanamkan bahasa pada suatu hari nanti. Kalau setakat terguna pakai singkatan perkataan dalam karangan tak apa lagi, tapi kalau siap boleh pakai Bahasa Inggeris yang siap disingkatkan lagi dalam karangan Bahasa Melayu; Oh!! Ini Serius~.

Gila ke apa, tulis karangan Bahasa Melayu boleh selit-selit perkataan Inggeris yang telah disingkatkan.

Itu dari segi penggunaan Internet. Cara guna yang salah boleh merosakkan bahasa.

Tapi kalau dari segi penggunaan harian, sedar atau tidak, rakyat melayu sendiri dah lama mencuba untuk merosakkan bahasa mereka sendiri. Sampai sekarang aku tak paham, kenapa bila mana Melayu mahu bercakap Cina, secara automatiknya, "Tokei arr.... itu balang lu juai murah-murah saja lor, kasi dikon sikit laa..." Bila Melayu mahu bercakap dengan India, "Dey Macha.... ini kereta luar kasi cuci, itu dalam kasi vakum. Bila Melayu Malaysia mahu bercakap dengan Melayu Indonesia, "Bik, kapan mahu siap makan malamnya?

Memang aku kena akui, aku pun sama.

Kenapa kita tak macam Indonesia, tak kira dekat mana, dengan siapa, bahasa Indonesia mereka tak akan berubah. Kecuali bila mereka sesama mereka tukar siaran pakai bahasa Jawa.

Bahasa Jiwa Bangsa kan??

Kalaulah Cikgu Malek, cikgu Bahasa Melayu aku dulu baca blog aku, tertanya-tanya juga, banyak atau tidak kesalahan tatabahasanya. Entah berapa kali la agaknya tetek aku kena cubit.


p/s: laju betul 2010 ni.

Saya kenal hurup ni cikgu, ini hurup EM.

Start je raya sampai sekarang, penyakit EM besar menyerap masuk melalu tiap liang roma terus ke salur-salur darah. Dari situ, jantung menjalankan kerjanya, mengepam tiap-tiap sel itu ke seluruh organ dalaman tubuh  badan. Maka seluruh tubuh aku sekarang semakin lemah, diserang bertalu-talu oleh virus-virus penyakit EM besar.

Besar Punya!!!