Hari-hari aku main bola (bukan bolo). Tiap-tiap petang itu aktiviti aku kecuali Sabtu dan Ahad. Sebab Sabtu dan Ahad aku akan habiskan masa bersama keluarga, tengok bola(bukan bolo) sama-sama dekat TV. Bertuah sebab keluarga aku tak teringin nak berebut tengok Macam-macam Aznil atau Akademi Fantasia (bila sampai musim) atau cerita-cerita P Ramlee yang entah sudah berapa kali ditayangkan ataupun sajian drama Melayu di RTM.
Balik kepada cerita asal; main bola (bukan bolo) petang-petang.
Tiap-tiap petang sekitar jam 5.30 petang, aku dah mula lari-lari anak. Buat panaskan badan. Dengan but aku yang menjerit-jerit "nothing imposible" beserta dengan stokin yang dah tak berkata-kata (busuk sangat kut). Dengan seluar pendek aku yang kata "just do it" aku padankan dengan t shirt merah. Tertera jelas dekat belakang t shirt merah aku, no 11 beserta nama tuan punya nombor. Aku tak tahu motif rekaan t shirt tu, sama ada nak bagi tahu yang player tu dah menang 11 kali gelaran juara liga atau hanya untuk keluarkan t shirt bernombor 11 sempena pemain lagenda itu.
Lepas lari-lari anak, dah ada peluh sikit dekat celah kangkang, aku mula main sepak-sepak bola (bukan bolo) , sambil menunggu semua yang dekat tepi padang ada dekat tengah padang. Lepas sorang-sorang masuk padang, sampai dah tak cukup tempat nak main sepak-sepak, terajang-terajang bola jauh-jauh, maka tercipta la dua pasukan yang kadang-kadang seimbang dan kadang-kadang tak sama rata dengan kon sebagai tiang gol terletak dekat belakang dua-dua belah pasukan. Baru jer budak pakai jersi Kelantan nak masukkan jari dalam mulut, nak kasi siul nyaring satu kali tanda "game on", sayup-sayup je dengar suara sumbang dari tepi padang, "kejap-kejap, nak ikat tali kasut kejap".
"Mamat ni lagi" bisik hati aku. Hari ni dia pakai baju Liverpool Liverpool dia tu lagi. Huruf "P" nyer dah tercabut, nak berganti dengan F aku rasa. Tak tepati masa langsung, kompem baru bangun tidur, dengan rambut serabai Nauzubillah, tahi matanya Masyaallah. Memandangkan kedua-dua pasukan dah seimbang dengan bilangan orang ketika itu, maka aku arahkan mamat tak ada disiplin tadi masuk pasukan yang lagi satu."Tak guna satu pasukan dengan orang yang tak ada disiplin ni" kata budak pakai jersi kelantan tadi. Aku tak tahu apa motif dia cakap macam tu.
Pheewwwiitt. Budak pakai jersi Kelantan tadi dapat meneruskan ritualnya hari-hari. Permainan bola (bukan bolo) aku petang-petang pun bermula.
Tanpa piala pusingan, hadiah wang tunai, atau pun geran tanah seekar seorang sebagai ganjaran, semuanya bermain dengan berhemah, bertamadun dan penuh dengan semangat kesukanan. Asalkan berpeluh dan berharap tak perlukan rawatan sakit jantung bila menjelang tua biarpun masing-masing akan menghabiskan sekitar 2 batang rokok sebelum dan selepas permainan.
Sedang pasukan aku (team baik) mengatur serangan ke atas pihak lawan (team jahat), salah seorang dari pasukan aku telah dikasari. Dengan penuh sopan santun beserta senyuman, mamat yang berbaju t shirt putih beseluar pendek berlambangkan pasukan Barcelona (team jahat) hulur tangan terhadap salah seorang dari pasukan aku yang dikasari tadi (team baik). "Sorry bro" katanya. Bola (bukan bolo) ditingalkan dan team jahat kembali dalam posisi bertahan. Boleh tahan baik jugak team jahat ni. Freekick yang diambil sia-sia.
Sedang rancak bermain, bola (bukan bolo) sampai ke kaki aku. Dengan senang hati, aku cari kawan sepasukan, tapi tibe-tiba rasa tak sedap hati, mamat berbaju Liverpool Liverpool yang dah tercabut 'P' nya tu meluru dengan sangat laju bagai kan babi kena buru. Tak la sampai susah hati di buatnya, dengan murah hati, aku larikan bola dari pandanganya. Susah jugak main dengan orang busuk hati, tak dapat bola, kaki di sepaknya, cuma aku ini lebih berhati-hati, bola tak dapat, kaki tak sampai, angin disepaknya, ketanah jugak perginya. Sambil tersengih, aku buat hantaran jauh untuk kawan sepasukan aku selesaikan dengan jayanya.
Sekali dua tak apa lagi, ini dah berkali-kali gaya lagak babi kena buru. Setiap kali main memang begitu caranya. Boleh dikira, mungkin hanya 4 atau 5 kali beliau (mamat berbaju Liverpool Liverpool tanpa 'P') menendang bola (bukan bolo), yang lain diklasifikasikan sebagai membabi buta.
Risaukan keselematan kaki dan diri, bola 50-50 aku buat tak peduli. Bola dekat kaki, aku bawak lari. Sampai satu ketika, budak pakai jersi kelantan ada bola dekat kaki. Tak sempat nak passing dah kena tackle dari belakang. Budak kelantan sempat melompat, terus landing atas kaki yang buat tackle kurang hajar dari belakang tadi. Nasib baik tak keluar tomoi ala-ala Halim Napi. Menjerit-jerit sakit, terhencut-hencut kaki. Duduk tepi padang, lap air mata pakai jersi Liverpool liverpool.
Game on.
Ulasan Filem: Ejen Ali (2019)
4 years ago