Tuesday, October 6

Oktober sudah tiba (Its' October Already. - Tajuk Asal Entry.)

Satu

Hormatkan bulan Oktober, bulan bahasa. Jangan dirojak-rojakkan bahasa, dan diubah-ubah supaya menjadi comel ibarat anak kucing yang kencing sambil menyusu ataupun ibarat anak kucing menyusu sambil kencing. Perkataan yang banyak huruf 'e' dan 'y' dan 'w' selalunya yang akan terhasil. Soweeyyy. Tengok, aku dah tak hormatkan bulan puasa. Silap, bahasa.

Aku sebenarnya tak ambil peduli, di Malaysia, macam-macam bulan ada. Selain Bulan Kemerdekaan, ada Bulan Membaca, Bulan ICT, Bulan Cegah Jenayah, Bulan Makan Buah-Buahan Tempatan, Bulan Sabit Merah, , Lagu Terang Bulan, Wau Bulan, Tentang Bulan, Kala Malam Bulan Mengambang dan lokasi tengok anak bulan.

Jangan lupakan parti politik berlambangkan bulan.

Sebulan setiap tahun tak cukup kalau nak martabatkan Bahasa Kebangsaan - Pada siapa yang terlalu bodoh untuk tak faham apa yang aku tulis.

Dua

Sedang kita dekat Malaysia sibuk nak menjadikan Oktober bulan bahasa, pihak bandaraya dekat Jerman tak hilang lagi penat mengemas dan membersihkan kawasan pesta yang berakhir apabila Oktober menjelang. Pesta besar-besaran yang diraikan di tapak seluas 42 ekar adalah kesinambungan pesta yang pada mulanya sempena meraikan perkahwinan Crown Prince dan Princess Therese. Dah macam-macam evolusi yang berlaku terhadap Pesta Manusia terbesar di dunia ni, tapi aku tak pernah sampai lagi.

Jerman merupakan salah satu negara maju di duina. Bahasa mereka bertaraf antarabangsa pada aku. Tapi mereka tetap tahu bagaimana mahu bergembira.

Tiga

Cita-cita aku tiap kali Oktober mahu habis dan tak pernah tercapai lagi, Parti Halloween. Aku tak perlu susah-suasah pakai topeng mahupun kostum. Bawa muka sendiri dah cukup aku rasa. Tapi sayang, tahun ni terbantut lagi.

Empat

Oktober tahun ini ibarat neraka bagi aku.
Fuck it.
But im enjoy every bit of it.