Malas nak buat pendahuluan panjang-panjang. Enjoy the stories
Cerita satu.
Kamu, kamu, kamu dan kamu semua. Pasti dibesarkan dari kecik, sebab tak masuk akal untuk dibesarkan bila dah besar. Dan pasti kamu semua dibesarkan oleh orang yang lebih besar dari kamu. Tak kira siapa yang menggalas tanggungjawab itu, ternyata manusia itu sayangkan kamu. Mungkin tok mudim, pegawai kebajikan, abang, kakak, mak tiri, bapak angkat (bapak angkat??), mak kandung, bapak kandung, nenek, atuk atau siapa sahaja, mereka pasti sayangkan kamu. Kalau tak kamu tak besar macam sekarang. Mungkin dah mati dipijak disepak. Mungkin kamu telah berulat di tepi longkang selepas beberapa jam tengok dunia. Mungkin kamu tak berkesempatan langsung untuk melihat dunia seperti hari ini.
Tak kira siapa yang pikul tanggungjawab itu, mereka semua sama macam kita sekarang, sama macam manusia terdahulu. Tak pasti akan masa depan. Tapi apa yang pasti di benak hati masing-masing adalah secebis harapan untuk lihat manusia yang dibesarkan itu berjaya. Hanya dengan secebis harapan itu, ada antara mereka yang akhirnya tersenyum bangga, ada yang akhirnya merudum kecewa.
Cerita 2
Owh.. ok. Ini semua nombornya.
Beratur panjang, pakai helmet. Kecik besar semua di tembak. Setiap satu dipusing-pusing kepala dan ekor. Tangan di atas lagi mulia dari tangan di bawah. Not dan kertas bertukar tangan. Modal dah dihantar, usaha dah dibuat. Kepala hotak.
Pusing keluar, tersenyum sumbing, periksa sekali lagi. Jalan terus dengan senyum tak habis lagi. Bila petang, sibuk bersesak. Bersesak yang penuh dengan harapan. Kalaulah terang dan nyata harapan itu, maka pasti lagi sesak harapan berbanding manusia. Dan harapan yang berkecai pasti lagi banyak berbanding harapan yang di impikan.
Celaka, semua miss semata.
Cerita 3
Pertandingan
Siapa saja yang masuk apa saja jenis pertandingan. Pasti mengharapkan kemenangan.
Malaysia vs Indonesia
Anwar Ibrahim vs Saiful
Manchester United vs Liverpool
Anjing vs Kucing
Pertandingan Pesta bola merdeka, Sukan Olimpik Musim Sejuk, Pertandingan Catur MSSD, Pemilihan Ketua Cawangan, Pemilihan Calon, Pilihanraya.
Siapa saja yang masuk bertanding, dan bersedia untuknya pasti mengharapkan kemenangan. Hanya yang masuk untuk mencari pengalaman bertanding tidak rasakan pahitnya kekalahan kerana tiada harapan yang diletakkan.
Cerita 4
Aku malas nak fikir. Kamu fikirkanlah sendiri.
***
Pada aku. Harapan itu mengecewakan, menghampakan, menyedihkan. Tapi dengan harapanlah kita hidup hari ini untuk hari esok.
Bai.
nota bunuh diri: Mari angkat gelas tinggi-tinggi, lagakan sesama sendiri sambil ucap selamat tinggal. Then live your own life.