Monday, September 28

1Malaysia

1Malaysia itu hanya akan jadi angan-angan. Tak akan berbunyi lagi saat Pak bijaN pakai gelaran Tun satu hari nanti. Senyap macam Malaysia Islam Hadhari sekarang. Akan terus jadi angan-angan buat hari ini.

Angan-angan kerana yang kuning langsat masih gunakan bahasa mereka. Yang kulit gelap pun sama. Yang paling ramai dekat malaysia sumpah sepatah haram pun tak paham. Malaysia negara demokrasi, jadi mereka tak salah. Itu hak mereka. Asalkan aku tak perlu menjadi ayam untuk bercakap dengan itik. Yang penting pada aku, komunikasi sesama kita tak menjadi masalah.

Tetap akan jadi angan-angan, bila ada yang hak, dan bukan yang hak. Tesembur-sembur, terpekik-pekik kempenkan 1Malaysia, tapi masih kedekut tak nak bagi orang lain masuk universiti kita. Itu hak melayu dan bumiputera katanya. Belum masuk hak raja-raja dan pembesar melayu. Macam-macam hak yang dituntut. Kena pulak kerabat raja ni dah pandai nak gaduh sana gaduh sini.

Kenapa kerajaan tak wajibkan mata pelajaran Bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah-sekolah kebangsaan? Kenapa harus di wujudkan sekolah jenis kebangsaan padahal semua boleh belajar dekat sekolah kebangsaan biasa. Dalam hal bahasa, aku tak marah kalau mereka selesa gunakan bahasa mereka. Kalau kita sesama kita dekat tanah orang kita akan gunakan bahasa kita. Kalau golongan istemewa lagi lah, dekat mana-manapun diorang pakai bahasa isyarat.

Bab hiburan pulak aku rasa dah tak jadi masalah untuk tujuan penyatuan. Dah banyak lagu, drama, dan filem yang cuba untuk menyatukan kita Malaysia. Yasmin Ahmad dah tunjukkan. Rappers2 India dan Cina pun dah banyak kali kongsi pentas dengan Siti. Penyatuan 1Malaysia dalam bidang hiburan ni senang nak dilaksanakan sebab majoriti rakyat Malaysia sukakan hiburan dan amat bertoleransi tinggi dalam hal hiburan ni. Berapa banyak lagu, sinetron, drama dari tanah dan benua seberang masuk Malaysia. Karya mereka mudah untuk diterima biarpun berlainan tanah dan udara dengan penduduk Malaysia disebabkan oleh permintaan dari majoriti rakyat Malaysia sendiri.

Budaya kaum yang majoritinya penduduk tetap malaysia pada aku, tak lah semegah mana. Apa budaya yang aslinya dari kita? Budaya orang melayu pada aku wujud dari evolusi budaya-budaya lain. Terutama dari budaya kaum India. Itupun masih sibuk nak bawak kepala lembu kehulu kehilir. Dan jangan risau tentang budaya-budaya kaum lain, kerana majoriti penduduk malaysia boleh menerima kepelbagaian budaya dalam hidup mereka. Aktiviti malam raya dah sama dengan malam tahun baru cina. Budaya minum dah lama sebati. Berpanjut dan pelita malam 7 likor katanya, aku tengok lebih kurang dengan kaum hindu yang bakar pelita. Kalau hal pakaian pun turut sekali dikaitkan dalam isu budaya, lagi aku tak peduli. Bukan aku je, boleh kata semua rakyat malaysia tak kisah.

Seluruhnya aku rasa, selagi masalah bahasa dan hak-hak istimewa ni kerajaan tak kasi settle, aku rasa cita-cita 1Malaysia tu tak tercapai. Masih akan ada penghalang biarpun dah banyak yang kita satukan.

Owh, Sabah Serawak pun nak merdeka dengan kita jugak. 31 Ogos dah tak reliable.