Tuesday, September 29

Kehadapan sedara mara bau-bau beer

Aku tahu, kamu dan aku jarang bertemu. Sekali setahun belum tentu. Nama kamu aku keliru, nak panggil apa aku tak tahu.

Jadi, bila kamu tegur aku, kenalkanlah diri dulu. Tak aku duduk termanggu, bukak buku waktu, selak satu-satu. Kena pulak selak dari mukasurat waktu aku darjah satu. Masih mandi telanjang ketika itu, tepi jalan air telaga batu.

Dan bila kamu yang bertudung ungu berbaju biru masuk duduk dalam rumah aku, tolong jangan hampakan aku. Aku tahu, kamu boleh buat lebih baik dari itu. Tolong jangan mengkagumi pembesaran normal aku. Memang aku sudah cukup tua dibandingkan 16 tahun dulu. Dan aku percaya, kamu dulu masih anak dara atau sekarang sudah jadi andartu. Owh ya... semua orang pernah jadi budak kecik dulu.

Monday, September 28

1Malaysia

1Malaysia itu hanya akan jadi angan-angan. Tak akan berbunyi lagi saat Pak bijaN pakai gelaran Tun satu hari nanti. Senyap macam Malaysia Islam Hadhari sekarang. Akan terus jadi angan-angan buat hari ini.

Angan-angan kerana yang kuning langsat masih gunakan bahasa mereka. Yang kulit gelap pun sama. Yang paling ramai dekat malaysia sumpah sepatah haram pun tak paham. Malaysia negara demokrasi, jadi mereka tak salah. Itu hak mereka. Asalkan aku tak perlu menjadi ayam untuk bercakap dengan itik. Yang penting pada aku, komunikasi sesama kita tak menjadi masalah.

Tetap akan jadi angan-angan, bila ada yang hak, dan bukan yang hak. Tesembur-sembur, terpekik-pekik kempenkan 1Malaysia, tapi masih kedekut tak nak bagi orang lain masuk universiti kita. Itu hak melayu dan bumiputera katanya. Belum masuk hak raja-raja dan pembesar melayu. Macam-macam hak yang dituntut. Kena pulak kerabat raja ni dah pandai nak gaduh sana gaduh sini.

Kenapa kerajaan tak wajibkan mata pelajaran Bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah-sekolah kebangsaan? Kenapa harus di wujudkan sekolah jenis kebangsaan padahal semua boleh belajar dekat sekolah kebangsaan biasa. Dalam hal bahasa, aku tak marah kalau mereka selesa gunakan bahasa mereka. Kalau kita sesama kita dekat tanah orang kita akan gunakan bahasa kita. Kalau golongan istemewa lagi lah, dekat mana-manapun diorang pakai bahasa isyarat.

Bab hiburan pulak aku rasa dah tak jadi masalah untuk tujuan penyatuan. Dah banyak lagu, drama, dan filem yang cuba untuk menyatukan kita Malaysia. Yasmin Ahmad dah tunjukkan. Rappers2 India dan Cina pun dah banyak kali kongsi pentas dengan Siti. Penyatuan 1Malaysia dalam bidang hiburan ni senang nak dilaksanakan sebab majoriti rakyat Malaysia sukakan hiburan dan amat bertoleransi tinggi dalam hal hiburan ni. Berapa banyak lagu, sinetron, drama dari tanah dan benua seberang masuk Malaysia. Karya mereka mudah untuk diterima biarpun berlainan tanah dan udara dengan penduduk Malaysia disebabkan oleh permintaan dari majoriti rakyat Malaysia sendiri.

Budaya kaum yang majoritinya penduduk tetap malaysia pada aku, tak lah semegah mana. Apa budaya yang aslinya dari kita? Budaya orang melayu pada aku wujud dari evolusi budaya-budaya lain. Terutama dari budaya kaum India. Itupun masih sibuk nak bawak kepala lembu kehulu kehilir. Dan jangan risau tentang budaya-budaya kaum lain, kerana majoriti penduduk malaysia boleh menerima kepelbagaian budaya dalam hidup mereka. Aktiviti malam raya dah sama dengan malam tahun baru cina. Budaya minum dah lama sebati. Berpanjut dan pelita malam 7 likor katanya, aku tengok lebih kurang dengan kaum hindu yang bakar pelita. Kalau hal pakaian pun turut sekali dikaitkan dalam isu budaya, lagi aku tak peduli. Bukan aku je, boleh kata semua rakyat malaysia tak kisah.

Seluruhnya aku rasa, selagi masalah bahasa dan hak-hak istimewa ni kerajaan tak kasi settle, aku rasa cita-cita 1Malaysia tu tak tercapai. Masih akan ada penghalang biarpun dah banyak yang kita satukan.

Owh, Sabah Serawak pun nak merdeka dengan kita jugak. 31 Ogos dah tak reliable.

Aku taip-taip

Aku taip, taip, taip. Baca sikit. Aku padam.

Aku taip, taip, taip. Tak baca langsung terus aku padam.

Aku taip, taip, taip. Lepas baca banyak sikit, aku padam.

Aku taip, taip, taip. Tak sempat habis taip, aku padam.

Aku perlukan tempat yang baru. Suasana yang baru, idea yang baru. I have wasted too much my time here. Not here, here. I mean here where I live my life. I need a new place and a better environment.

Hijrah. Tu bunyi ikut cakap arab.

I need a place where the community over there didn't get confused between Takbir and take beer.

Cukup dengan itu semua, maka aku boleh taip, taip, taip, tak payah padam-padam.

Sunday, September 27

8 Syawal Tak Kisah Berapa Hijrah

Biarpun rumah terbuka di mana-mana, waktu makan tengah hari aku tetap lambat. Tak macam bulan lepas, waktu makan tengah hari aku sentiasa tepat pada waktu.

Hasil permakanan seimbang yang di amalkan sebulan lepas, aku sudah boleh mintak seluar size 30 waktu nak masuk fitting room. Dan aku sudah boleh beli seluar size 32, size 30 tak boleh lagi, berbanding 34 sebelum ni.

So, I just doesn't want to spoiled my diet. Make sure your open house open sharp at twelve. I'll be there first in the front. And do not hesitate to serve beer. Yummy!!

Friday, September 25

Its Arthur's Day

Di sana sini akan minuman-minuman percuma. Ehsan dari G.A.B mungkin. Meraikan kelahiran manusia yang menambah keseronokan di dunia.

Aku tak pasti lagi sama ada aku akan turut serta memeriahkan majlis atau tidak. Its not one of my favorite. Plus, I believe that, we cant get a free thing for free. So, I'm just gonna ask for my Tuborg.

Hail the Arthur.

Thursday, September 24

On 24th Sept 09.

I'm just want a restart, not a log off neither a shutdown.

So, see u soon.