Sunday, April 25

Shorlisted

Tinggal lagi 250 hari sebelum tahun berganti tua.

250 hari dari 365. 115 hari dah habis pakai. Silap, 114 dan setengah hari dah diguna pakai. Tak boleh kitar semula, rugi.

Toleh balik kebelakang, jenguk dimana duduknya aku ketika 365 masih lagi 365. Bandingkan dengan mana duduknya aku sekarang. Tak jauh beza. Ada lagi 250 hari untuk capai matlamat, tapi tak tercapai (lagi). Tercapaikah??

Dalam berjalan, banyak yang aku jumpa dan aku kutip mana yang berguna pada aku, orang lain aku tak tahu. Dalam berjalan, banyak yang terpaksa aku tinggalkan dan banyak lagi yang aku inginkan. Dan dalam berjalan, sering kali aku tak tahu, jalan mana yang aku harus lalu. Sebagai manusia yang tak tahu apa akan terjadi pada tiap hujung minggu, aku hanya terus bergerak mengikut jalan yang aku tahu. Tuhan itu satu.

Sekarang aku perlukan satu perjalanan menuju ke laut biru hanya untuk aku. Manusia lain sila buat tak tahu. Harap dapat restu, dari bos besar aku.

Bai. bai bai.